Malaysia Dateline

Baik pulih segera Jalan Gunung Pulai

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menggesa supaya isu kerosakan jalan berulang di jalan Gunung Pulai iaitu sebelum persimpangan lampu isyarat Taman Lagenda Putra ditangani.

Menurutnya, pihak beliau telah membuat aduan kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab termasuk pihak TETO melalui e-mel supaya mereka segerakan baik pulih jalan berkenaan.

“Saya juga dimaklumkan pihak konsesi TETO telah membuka tender untuk baik pulih jalan berkenaan pada Bulan Mac yang lepas.

“Saya ingin bertanya kepada pihak TETO bilakah akan melaksanakan projek baik pulih jalan berkenaan kerana jalan berkenaan merupakan jalan utama bagi warga Kulai?” soalnya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jalan tersebut telah dibaikpulih pada disember 2020 oleh pihak konsesi TETO.

Namun, jelasnya, masalah kerosakan berulang lagi di jalan tersebut sebelum lokasi persimpangan lampu isyarat Taman Lagenda Putra berpunca dari air mata air.

Sehubungan itu, beliau berharap permasalahan tersebut segera diatasi demi keselamatan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

Baca Tuduhan jahat, Teo Nie Ching ambil tindakan undang-undang