Malaysia Dateline

‘Baik tengok kartun tak sakit hati’, penonton letih TV siar siri drama tak cerdik, asyik zoom in, out saja

Ada penonton drama Hindi mengandungi 125 episod yang disiar sebuah stesen TV bengang dengan menganggap lebih baik tengok kartun kerana tak sakit hati.

Reaksi itu antara deretan komentar yang kebanyakannya terhibur dengan salah satu babak yang dikongsikan dalam satu kumpulan Facebook, Geng Hindi Malaysia.

Babak tidak logik itu memaparkan seorang wanita ‘disidai’ dengan kedua-dua pergelangan tangannya ‘tergantung’ dalam gelung besi yang bersaiz besar.

Serentak itu, seorang pelakon wanita lain dalam keadaan sedih datang melihat keadaan si mangsa yang sedang terkulai kaku berdiri tetapi dengan keadaan matanya terbeliak.

Bukan sedikit penonton yang ketawa terhibur dengan babak dalam drama berjudul Ami Sirajer Begum yang berlatarkan abad ke-18 itu.

“Saya layan cerita Naagin 1 dan 2 saja. Lepas tu penat nak layan cerita-cerita yang lain. Letih. Asyik zoom in, out saja. Pening kepala😆,” kata seorang penonton.

Sementara itu, Rahima Nadia secara berseloroh berkata, teknik zoom yang terlalu banyak dalam drama arahan Tathagata Mukherjee itu tahu-tahu saja boleh buat satu episod.

“Hari ni nak buka pintu, asyik zoom in out, esok sambung baru boleh buka pintu… penat menunggu,” ujarnya.

Malah, ada juga yang memberitahu, “Inilah cerita paling lembab saya pernah tengok. Dia punya cakap dalam hati saja dah dekat sejam”.

Dalam masa sama, terdapat penonton drama yang mengingatkan supaya stesen TV itu menapis drama import bahkan drama tempatan yang disiar waktu Maghrib.

“Tapislah cerita-cerita yang cerdik sikit bukan setakat ambil saja. Ngam sangat dengan drama pukul 7 sekarang tu ..😂” kata seorang penonton lagi.

Baca juga Bukan sekadar berterima kasih, PIBG perlu beri imbuhan pada ‘guard’ yang jaga trafik

Baca juga ‘Rasa bebas apabila terbang’, remaja dari empat generasi keluarga juruterbang ini cipta rekod keliling dunia