Malaysia Dateline

Bajet 2023: Apa warga emas tiada pasangan, bujang, ibu atau bapa tunggal dapat?

Warga emas tiada pasangan dan golongan bujang, masing-masing akan turut menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM600 dan RM350, bergantung kepada had pendapatan.

Bantuan sebanyak RM3,000 bayaran maksimum turut diberikan kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak, iaitu kenaikan sebanyak RM500 berbanding RM2,500 pada 2022.

Sebanyak 8.7 juta penerima BKM mendapat manfaat dengan jumlah peruntukan RM7.8 bilion.

BKM 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Sementara itu, inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan dengan tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan berpendapatan tahunan bawah RM100,000.

Susulan itu, seramai lapan juta individu layak menuntut kredit ini dengan peruntukkan disediakan RM800 juta.

Pengumuman tersebut ketika Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga Jangkaan ekonomi meleset dan Bajet 2023 – Pakar ini takut Malaysia jadi ‘kesan burung unta’

Baca juga Doa di ‘tanah kebun’, akhlak adik istimewa ini dipuji netizen