Malaysia Dateline

Bajet 2023: Ini senarai 15 masalah struktur yang dibimbangi pakar – Jangan dibiar nanti makin susah ditangani

Menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini, ahli akademik mengingatkan pentingnya kerajaan, industri dan rakyat mempunyai komitmen tinggi untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan struktur yang sekian lama dialami negara ini.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menegaskan bahawa usaha untuk menangani masalah struktur ini semakin sukar sekiranya terus dibiarkan.

“Semua ini ada dalam pelan induk pembangunan negara (RMk12) dan sektoral. Jangan dibiarkan, nanti semakin parah, semakin susah untuk ditangani.

“Mari kita bertindak sekarang, bersama mencari jalan penyelesaian.

“Pasti penyelesaian bukan esok tetapi kita mesti bertindak sekarang dengan komitmen yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam masa sama, Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan di MPN itu dalam webinar Pra Bajet 2023 anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) kelmarin turut menegaskaan usah mengatakan bahawa ekonomi berada pada landasan baik tetapi realitinya Malaysia berdepan cabaran getir.

Berikut antara 15 permasalahan struktur yang Malaysia hadapi sekian lama seperti dikongsikan Akademi Profesor Malaysia (APM) menerusi forum secara Zoom kelmarin:

1. Manfaat pertumbuhan tidak dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia

2. Kerentanan pendapatan rakyat menjejaskan kualiti kehidupan

3. Perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan sektor informal yang tidak berdaya saing

4. Kebergantungan yang tinggi keatas pelaburan asing untuk eksport negara

5. Produktiviti pertanian yang rendah dan kelemahan sekuriti makanan

6. Kekangan fiskal dan bebanan hutang yang menghadkan keupayaan kerajaan

7. Hutang isi rumah yang tinggi

8. Graduan menganggur atau bekerja di bawah kelayakan dan kemahiran mereka

9. Lambakan pekerja asing tanpa kemahiran

10. Ketidakupayaan adaptasi teknologi dan inovasi

11. Kelestarian alam yang semakin tergugat

12. Jurang pembangunan antara negeri/wilayah

13. Kelemahan governans dan integriti

14. Kualiti sistem pendidikan yang menghasilkan bakat menepati keperluan industri

15. Keperluan membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui

Baca juga Jangkaan ekonomi meleset dan Bajet 2023 – Pakar ini takut Malaysia jadi ‘kesan burung unta’

Baca juga Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai