Malaysia Dateline

Baju sekolah nipis, jarang, bapa sedih dengan kualiti baju sumbangan untuk pelajar

Entah tidak tahu siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Seorang bapa yang menetap di Lahad Datu, Sabah meluahkan rasa keliru dan sedih melihat seragam sekolah yang diterima anaknya dari pihak sekolah.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Abd kader abdrahman, dia meluahkan rasa terkilan apabila kualiti baju sekolah yang diterima anaknya menyedihkan dan tidak seperti yang dijangkakan.

Dari gambar yang disertakan, baju sekolah yang diterima kelihatan amat jarang dan nipis, tetapi kain sekolah berwarna biru gelap dalam keadaan baik.

Bukan tidak bersyukur katanya, tetapi pihak penyumbang jika sedar bajetnya kecil, sepatutnya mengurangkan jumlah penerima sumbangan supaya program ini betul-betul memberi manfaat kepada pelajar.

“Hari ini dengan gembiranya anak bawa balik uniform sekolah sumbangan. Tak pasti sumbangan individu atau program bantuan kementerian pelajaran.

“Tak pasti dari pusat atau negeri. Jika ianya duit dari kerajaan, tak kiralah dari pusat atau negeri. Saya rasa pihak kementerian perlu dedahkan kos sebenar dibayar pada uniform ini. Bukan kita tak bersyukur tapi kualitinya amat menyedihkan.

“Bagi saya kalau budgetnya kecil, kurangkan penerima. Bagi yang betul-betul layak, supaya program ini betul-betul memberi manafaat bukan jadi alat mencari keuntungan sesetengah pihak.

“Lagi satu, sebelum diberikan kepada pihak sekolah, pastikan saiz yang sepatutnya. Jangan budak pakai XXL diberikan M. Kita telah melakukan pembaziran.

“Sedih,” luahnya dalam coretan di Facebook.

Apa kata anda?

Baca juga: Bapa tertinggal anak dekat tepi jalan masa tengah curi motor

Baca juga: “Pilihlah penaja baik sikit”-Pengunjung terkejut ekspo MAHA promosi vape, siap pasang iklan besar pada bas ‘shuttle’