Malaysia Dateline

Bantuan khas RM1,500 kepada pesakit buah pinggang di Kepong

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng baru-baru ini telah menyampaikan bantuan khas bernilai RM1,500 kepada pesakit buah pinggang di kawasan yang diwakilinya.

Beliau berkata, bantuan itu diusahakan bagi membantu pesakit terbabit memandangkan kos rawatan agak mahal dan masih ada yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.

“Sakit buah pinggang adalah penyakit yang mana pesakitnya meningkat saban tahun dan semakin ramai orang muda yang menghidap penyakit tersebut.

“Mengikut data yang disediakan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), jika jumlah pesakit meningkat setiap tahun, tidak mustahil untuk jumlah pesakit dialisis mencecah 106,000 menjelang tahun 2040,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Lip Eng yang juga Pengerusi Biro Aduan Awam DAP mengingatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing!

“Berpada-pada dalam apa jua yang kita lakukan,” tambahnya lagi.

Baca juga 268 keluarga B40 di Parlimen Bagan bakal terima bantuan