Malaysia Dateline

‘Banyak kutip tol tapi lebuh raya masih tidak mampu sediakan lampu’

Dari kenyataan PDRM kepada media semalam, lima mangsa rentung dalam kemalangan di Terowong Menora disahkan menaiki Honda Civic.

Kereta mereka berada di antara treler mozek (depan) dan treler pagar besi (belakang). Kesemuanya menuju arah utara. Jalan kiri ditutup dalam pembinaan, hanya satu lorong dibuka.

Lepas terowong, treler depan perlahankan kenderaan kerana ada pembinaan, maka kereta mangsa juga perlahankan.

Namun, treler belakang tidak sempat nak brek, langgar kereta mangsa dan momentum itu menyeret kereta mangsa hingga langgar treler depan.

Honda di ‘sandwich’ oleh dua treler maka terus terbakar. Semua penumpang tersepit dalam kereta hingga tidak boleh selamatkan diri.

Kepala treler yang melanggar juga terbakar tetapi pemandunya dapat selamatkan diri. Polis menahan pemandu treler belakang dan mendapat reman empat hari untuk siasatan.

Menurut video, jalan gelap dan kontraktor tidak memasang lampu sorot (spot light) ketika bekerja. Mungkin baru set-up site untuk mula bekerja.

Pengalaman sendiri selalu ke Gerik dan utara, kawasan itu sememangnya gelap gelita. Saya sendiri pernah terlibat dalam kemalangan apabila slow down sebab ada kemalangan di depan tiba-tiba kereta belakang tidak sempat brek tapi sempat elak, lalu langgar bahagian tepi.

Masalah di laluan itu ialah jika berlaku apa-apa atau ada apa-apa kerja di situ, suasana gelap kelam dan merbahaya apatah lagi dalam suasana menurun bukit.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ditubuhkan pada 1986 untuk ambil alih pembinaan projek lebuhraya sepanjang utara dan selatan dari LLM.

Sekarang, PLUS adalah anak syarikat Plus Malaysia Berhad (PMB). PMB ada pelbagai syarikat iaitu Plus Helicopter, ELITE, LINKedua, SPDH (Port Dickson Expressway), Butterworth – Kulim Expressway, Penag Bridge dan Touch n Go.

Semua lima pelajar USAS berusia 19 hingga 23 tahun rentung dalam kemalangan di KM 245.2 PLUS arah utara dekat Terowong Menora tengah malam semalam.

Jangan tidak tahu, Plus adalah pengendali lebuhraya bertol terbesar di Asia Tenggara dan kelapan terbesar di dunia.

Tetapi selepas 35 tahun, banyak laluan PLUS terutama di kawasan hutan dan berbukit yang ditarah masih tiada lampu dan gelap gelita.

Sudah lebih tiga dekad kendali lebuh raya dan kutip banyak tol tapi masih tidak mampu sediakan lampu di laluannya.

Memang nak sediakan lampu perlukan infra dulu tapi teknologi sekarang, tenaga boleh diperolehi secara solar. Tinggal nak labur sahaja. Dah tahun 2022 takkan alasan infra jadi siulan PLUS. Macam-macam teknologi sekarang.

Dalam masa sama, soal pemanduan juga perlu diambil kira. Ini bahayanya bila ekori rapat pemandu hadapan. Bila yang di depan membrek, yang belakang akan tak sempat brek.

Jika lori sama lori masih ok. Tapi bila lori ada di belakang langgar kereta depan dan di depan pula juga sebuah lagi lori, memang mengerikan.

Maka sama ada kereta, lori, treler atau bas, jagalah jarak ketika memandu. Jauh sekali buat kerja cucuk mencucuk. Padahnya, adalah ahli keluarga dan pengguna lain.

Buat PLUS dan pengendali lebuhraya lain, sila labur untuk pasang lampu di kesemua laluan masing-masing. Juga pastikan garisan jalan sentiasa terang.

Teknologi sekarang ada garisan yang boleh bernyala bila disuluh lampu kereta. Safety first think safe. Kami bayar bila guna jalan tu on top of kami bayar cukai jalan.

Juga di jalan-jalan persekutuan dan negeri. Pentingnya lampu jalan yang terang, garisan jalan yang boleh dilihat terutama waktu malam dan jalan yang baik.

Kutip cukai jalan untuk perkara begini. Itu belum kira hasil bidaan nombor plat.

Baca Elak sesak di lebuh raya selepas cuti Aidilfitri, ini tips bila waktu sesuai mulakan perjalanan

Baca Ibu bapa saman anak kerana tidak bagi mereka cucu