Malaysia Dateline

“Baru melawat anak, tidak sampai 3 hari dia sudah tiada”-Bapa sedih anak buta maut dalam kebakaran di asrama

Seorang bapa menzahirkan rasa sedih apabila anaknya yang buta maut dalam kebakaran di sebuah asrama, di mana ia terjadi selepas 3 hari beliau melawat anaknya.

“Saya baru sahaja melawat anak Sabtu lalu, dia dalam keadaan sihat dan tidak sampai tiga hari dia sudah tiada. Tolong beri saya masa untuk melalui fasa ini,” kata bapa pelajar buta itu.

Richard Muhimba ketika dihubungi masih berduka atas kejadian memaklumkan tiada perkataan mampu diungkapkan menggambarkan kesedihan selepas kehilangan anak tersayang berusia 15 tahun.

Dilaporkan sebuah asrama yang menempatkan pelajar buta terbakar menyebabkan 11 daripada mereka maut dan 6 lagi kritikal.

Kejadian api marak berlaku ketika pelajar sedang nyenyak tidur, bagaimanapun punca kebakaran masih belum diketahui sehingga kini.

Memetik laporan The Manila Times, kejadian yang berlaku di sekolah orang buta Salama di daerah Mukono, Uganda itu berlaku awal pagi Selasa.

Menteri Dalam Negeri Uganda, Jeneral Kahinda Otafiire memberitahu AFP majoriti mangsa yang maut di dalam tragedi itu merupakan kanak-kanak.

Menurut beliau, sekolah itu telah dikepung sebagai “lokasi jenayah” dan kami berjanji akan menyiasat sehingga mendapat jawapan sebenar atas kejadian jenayah yang tidak sepatutnya berlaku. Pesalah akan berdepan dengan hukuman setimpal

Sekolah Salama dibina pada April 1999 oleh Kerajaan tempatan di Mukono dan menempatkan pelajar berusia antara enam hingga 25 tahun.

Baca juga: Perdana Menteri UK digelar ‘Rishi Rich’ Sunak-Berapa banyak kekayaan yang dia ada?