Malaysia Dateline

Bas pemain Selangor diserang dengan batu di Terengganu malam tadi

Pada semalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir kedua saingan TM Piala Malaysia 2022 antara Terengganu dan Selangor yang menyaksikan Skuad Gergasi Merah berjaya menempah tiket ke Final TM Piala Malaysia 2022 apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) dengan aggregat 3-2 di peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun kejadian tidak diingini berlaku apabila bas yang membawa pemain Selangor telah dibaling batu oleh penyokong pasukan tuan rumah, sehingga dilaporkan menembusi ke dalam ruangan bas.

Beberapa video tular di media sosial memperlihat sikap beberapa penyokong berdiri di tepi jalan sambil membaling batu beberapa kali dan mencampak kon ke arah bas.

Penyokong berkumpul di tepi jalan baling batu dan kon
Batu yang dibaling penyokong Terengganu

Bagaimanapun bas dua tingkat yang membawa pemain Selangor itu berada dalam keadaan baik namun pecah di bahagian cermin bawah dan atas.

Dalam video lain yang tular di Twitter, dapat didengari tangisan kanak-kanak yang ketakutan didakwa merupakan ahli keluarga kepada pemain bola sepak yang hadir memberi sokongan di perlawanan tersebut.

Selangor akan bertemu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia merupakan perlawanan penting kerana juara Piala Malaysia musim ini akan mendapat tiket beraksi di Piala AFC tahun depan.

Baca juga: Anwar risau sentimen perkauman yang panas di TikTok

Baca juga: Raikan hari lahir anak tunggal secara eksklusif, Aishwarya Rai hanya jemput pasangan selebriti dan keluarga terdekat sahaja