Bawang putih boleh ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan

Oleh ARIF ATAN

Khasiat bawang putih dalam merawat bermacam jenis penyakit tiada siapa dapat nafikan. Bahan dalam masakan harian itu terbukti membantu dalam membunuh parasit selain memperbaiki sistem penghadaman dan pernafasan.

Bagi yang ingin mencuba petua menggunakan bawang putih, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Siti Raudzah.

Hilangkan sakit kaki apabila bangun tidur

Sudah tiga hari saya amalkan makan tiga biji bawang putih bakar ini setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki apabila bangun daripada tidur yang saya hadapi sudah pulih sekarang.

Kalau tidak sebelum ini, nak pijak lantai apabila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dahulu baru rasa lega.

Tapi sekarang bangun sahaja, terus boleh jalan laju. Petua ini diberi oleh seorang rakan, hampir setahun dia amalkan. Badannya juga saya tengok cantik, perut kempis sahaja.

Banyak khasiat lain

Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu, bawang putih ini dapat mencegah sel-sel kanser.

Cara-caranya:
Ambil tiga ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam tiga minit dengan api yang kecil. Selepas itu makan terus isinya sahaja. Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.

Selamat mencuba!

Bawang putih boleh ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan

Baca juga: https://malaysiadateline.com/apa-nasihat-mak-long-kepada-ahli-amanah/