Buat para pembeli jika tidak ada wang tunai mahupun duit dalam akaun, jangan aniaya penjual dengan membeli barang menggunakan kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD).
Apatah lagi jika yang dibeli adalah makanan, siapa yang akan menanggung kos makanan tersebut jika anda dengan senang hati membatalkan pesanan.
Seorang pemuda, Mohd Hairi Md Jamal meluahkan rasa kecewa dalam Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’.
Hairi menceritakan bagaimana ada pembeli yang sanggup membatalkan pesanan pada saat akhir.
“Aku ada kisah sedih sebelum solat Jumaat tadi. Dapat pesanan hantar kek MamaSab ke Puchong secara COD.
“Bila sampai rumah penerima dan hubungi tiga kali tapi tak berjawab, tiba-tiba ejen hubungi cakap pelanggan dah batal pesanan.
“Ejen cakap kek tu bagi dekat aku saja, dan aku terus cakap tak akan ambil caj penghantaran,” katanya.
Pada masa sama, Hairi mengingatkan orang ramai tidak membuat pesanan secara COD seandainya tiada duit, kerana itu dikira sebagai biadap dan kurang ajar.
Pembeli harus tahu, kos penghantaran itu bukanlah percuma jadi belajar sikit rasa tanggungjawab ketika beli barang.
Baca juga: Cipta gaun pengantin boleh dimakan, siap berjaya masuk Guinness World Records