Benarkah IPTS jadi lubuk keuntungan kerana kejar kuantiti berbanding IPTA kejar kualiti?

Oleh NASUHA RAHMAN

Tidak dinafikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sering menjadi pilihan utama untuk sambung belajar berbanding Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sejauhmanakah dakwaan mengatakan IPTS jadi lubuk keuntungan kerana kejar kuantiti berbanding IPTA yang mengejar kualiti.

Difahamkan tujuan asal IPTS ditubuhkan untuk menampung keperluan anak-anak muda yang gagal memasuki IPTA.

Mengikut statistik negara memiliki 20 universiti awam, 53 universiti swasta (termasuk kampus cawangan luar negara), 38 universiti kolej (termasuk kampus cawangan luar negara) dan 350 kolej.

IPTA seperti Universiti Awam Malaysia tidak dinafikan mempunyai kualiti antara terbaik di rantau Asia seperti UM, USM, UIA dan UKM.

Begitu juga IPTS bertaraf Universiti Swasta seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Tunku Abdul Rahman terbukti ia melahirkan graduan yang berkualiti dan diiktiraf majikan-majikan di luar sana.

Benarkah IPTS jadi lubuk keuntungan kerana kejar kuantiti berbanding IPTA kejar kualiti?
IPTS tumbuh seperti cendawan selepas hujan

Yang ingin disentuh mengenai Kolej swasta (bukan semua).

Jika dibandingkan dengan bilangan penduduk Malaysia 32 juta orang keseluruhan 461 IPT yang ada boleh dianggap melebihi keperluan sehingga memaksa kebergantungan IPT swasta terutamanya terhadap kemasukan pelajar asing.

Pengguna facebook Norman Radzuan yang juga bekas editor mendedahkan lebih 800 pelajar IPTA dan IPTS pernah berkhidmat dibawahnya telah menceritakan pelbagai masalah yang mereka hadapi.

Apa yang menyedihkan beliau, dua perkara buat mereka yang belajar di Kolej Swasta.

Pertama yuran pembelajaran mereka tiga kali ganda dari IPTA dan kedua kualiti tenaga pengajarnya.

Kebanyakan mereka gagal ke IPTA kerana kurang berkelayakan. Namun cita-cita tinggi mereka atau ibu bapa mereka menerima tawaran dari IPTS yang menghubungi telefon bimbit keluarga masing-masing dengan ditawarkan pinjaman dan tawaran-tawaran menarik yang lain.

Harapan anak-anak muda ini tinggi tetapi mereka kecewa kerana tenaga-tenaga pengajar kebanyakan hanyalah bekas graduan degree.

Namun beliau melihat ia seolah-olah menjadi lubuk perniagaan yang menguntungkan tanpa mengira kualiti pelajarnya tetapi lebih menumpukan kepada kuantiti.

Akhirnya ramai yang rasa tertipu selepas pembelajaran terpaksa membayar puluhan ribu dgn kualiti pembalajaran yg tidak diiktiraf oleh majikan di luar sana.

Sebab itu tidak kira Melayu, Cina dan India akan memilih IPTA sebagai keutamaan.

Ini kerana jumlah pensyarah yang memiliki PHD jauh lebih ramai berbanding private university.

Ramai pensyarah universiti milik kerajaan telah dilatih di luar negara untuk PhD mereka dan ada juga yang menjalankan penyelidikan pasca kedoktoran di institusi terkemuka di dunia termasuk Oxford, Cambridge dan Harvard.

Institusi pengajian swasta tidak harus hanya tertumpu menjana bilangan pelajar sahaja untuk keuntungan sebaliknya yang lebih penting adalah kualiti pelajar yang dihasilkan.

Untuk menghasilkan kualiti pelajar tenaga pengajarnya mesti berkualiti.

Jika tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Sedangkan mereka membayar lebih RM30k hanya utk mendapatkan Diploma.

Meminjam dengan nilai tersebut sewajar berbaloi untuk segulung Diploma yang mampu memberi ilmu dan dipandang tinggi oleh majikan-majikan di luar sana.

Jadi beliau sarankan kepada kerajaan kaji semula kriteria yang perlu ada pada Kolej-kolej swasta yang kini ada beratus.

Pertama kaji semula kos pembelajaran yang terlalu mahal.

Kedua pastikan tenaga pengajar mestilah mempunyai taraf pendidikan Master dan bukan fresh graduate degree.

Buat pemimpin-pemimpin jangan jadikan orang miskin yang menghantar anak mereka belajar dengan kos yang mahal dengan harapan tinggi untuk mengubah kehidupan mereka tetapi ia hanya dijadikan lubuk mengkayakan kroni-kroni anda. Jangan berikan harapan palsu.

Baca juga: Himpunan tuntut tangani kenaikan harga barang: 26 individu dipanggil polis hari ini

Baca juga: Wartawan China cuba bunuh diri lepas dikecam netizen, terlalu emosi ketika lapor kematian Shinzo Abe