Teori konspirasi kehilangan MH370 masih lagi diperkatakan namun seorang lelaki ini mendedahkan 7 sebab kenapa MH370 dikatakan disembunyikan di Diego Garcia kepulauan terpencil tentera milik US.
Bahkan ada yang mendakwa wajah pekerja di AFN Diego Garcia mirip mangsa hilang pesawat MH370 walaupun ada ahli keluarga yang menafikan salah seorang adalah bapa mereka.
Pengguna Facebook Afiq Haikal mengutarakan pandangan sebab-sebab mengapa teori MH370 dikatakan bersembunyi di Diego Garcia.
Beliau menyenaraikan 7 sebab kenapa pesawat itu disembunyi di sana, ini pandangan beliau;
1. Pada 6 April 2014, Facebook milik Phillip Wood salah seorang penumpang MH370 telah menghantar lokasi di mana dia berada dan memuat naik satu foto di dalam bilik yang gelap, lokasi tersebut adalah di Diego Garcia.
2. Penampakan ramai kakitangan di Diego Garcia yang mukanya mirip dengan penumpang dan kru MH 370. Sudah lapan tahun berlalu, sudah pasti muka mereka berubah atau diubah.
3. Ahli politik Amerika Syarikat (AS), Flaxton Gregory berkata, MH370 adalah 100 peratus berada di Diego Garcia. Seorang lelaki tidak dikenali juga mengatakan President AS pada masa itu, Barrack Obama mengetahui di mana MH370 berada iaitu di pulau tersebut dan tujuan penculikan 229 penumpang kapal adalah untuk melaKukan “human experiment”.
4. Beberapa penduduk di Maldives ternampak sebuah kapal terbang berjalur merah terbang rendah menuju ke barat.
5. Seorang jurutera dari AS membuat kajian bahawa orang Maldives yang nampak MH370 itu adalah benar kerana waktu ketika saksi nampak sangat bertepatan dengan masa yang diambil MH370 dari Laut China Selatan ke Maldives. Beliau juga berkata, bahan bakar MH370 adalah mencukupi untuk sampai di Diego Garcia.
6. Sebuah listening station di Cape Leuwin di barat Australia telah menerima isyarat yang lemah dari laut. Cape Leuwin tidak dapat mengetahui dari mana isyarat itu datang. Yang mengejutkan adalah isyarat tersebut menuju ke arah pulau Diego Garcia iaitu 3,000 batu nautika dari Cape Leuwin.
7. Sangat mustahil jika MH370 terhempas di dalam air kerana syarikat Boeing sudah melalukan demonstrasi. Walaupun kapal terbang membuat soft landing di atas air, bahagian kapal tetap pecah atau terpisah iaitu bahagian kokpit, sayap dan ekor.
Ada banyak lagi petunjuk dan ramai lagi ahli politik AS mahu pun kakitangan ketenteraan AS yang berkata perkara yang sama iaitu MH370 berada di Diego Garcia. Semoga membuka mata kita semua.
Baca juga: Tular gambar pekerja Diego Garcia mirip mangsa hilang nahas MH370, undang polemik netizen
Baca juga: Bapa Adam Mika buat laporan polis, nafi anak buat video tak senonoh