Rata-rata dompet milik lelaki memang dalam keadaan yang ‘uzur’. Selagi boleh guna, menukar kepada dompet yang baharu bukan hal perlu disegerakan.
Kaum Hawa sama ada isteri mahu pun ibu turut mengakui sikap sesetengah kaum Adam yang ‘setia’ pada dompetnya meskipun ada yang sudah terlalu usang.
“Kerja teruk tapi kedekut nak beli barang diri sendiri, dok beli barang orang, barang untuk diri sendiri tak beli.
“Geram nengok, baik suami, adik lelaki, abah saya, sama je,” kata Hani Adila.
Walau bagaimanapun, ada lelaki secara berseloroh mengingatkan bahawa jangan dinilai dari luaran sahaja sebaliknya ‘isi’ iaitu wang di dalam dompet buruk itulah yang amat bernilai.
Ada pula wanita yang mengusik lihat juga apa di dalam dompet yang nampak buruk itu yang kemungkinan ada gambar ‘kekasih gelap’.
“Jangan tengok luar tapi cuba tengok dalam dompet tu ada gambar skandal ke tidak,” gurau Siti Qeesyara.
Bagi orang lelaki pula, dompet buruk itu simbol bagaimana betapa golongannya tidak serumit wanita yang lazimnya memiliki beg besar.
“Hok penting isi di dalam, bukan beg besar comel tapi isi di dalam cuma tisu,” seloroh Fird FJ pula.