Malaysia Dateline

Beri atau tidak slip gaji bila syarikat lain minta? Ini pendapat pekerja ketika ekonomi meleset

Ada yang memberi pendapat jangan beri slip gaji apabila syarikat lain minta. Alasannya, bukan hak syarikat itu untuk dapatkan maklumat syarikat lain. Sulit, katanya.

Walau bagaimanapun, rata-rata pekerja menyifatkan tindakan itu hanya merugikan termasuk kemungkinan tidak terpilih untuk bekerja dengan syarikat baru.

Menurut Muhammad Faiq Shaf’ii, kegagalan memberikan slip gaji dengan syarikat terdahulu hanya akan menyebabkan individu itu lebih mudah tersingkir memandangkan banyak lagi calon lain.

“HR minta untuk cross reference gaji lama, skillset dan tawaran dengan bajet company sekali. Sekarang ekonomi meleset berlambak-lambak kena buang kerja.

“Lagi-lagi golongan M40 dan T20 wajib bagi EA form/ payslip dari syarikat lama untuk untuk siapkan form PT3 kemudian seimbangkan semula potongan PCB,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, tiada masalah pun untuk berkongsikan slip gaji bagi tujuan memudahkan urusan semua pihak.

Sementara itu, bagi Ku Syukri, maklumat gaji bukannya sulit dan syarikat lain ada hak untuk minta melainkan jika calon pekerja itu ada masalah sehingga mahu keluar atau berhenti kerja.

Namun, berbeza pula dengan pengalaman Azham Aizad yang memberitahu tempat kerja barunya mewajibkan serah slip gaji di syarikat lama.

“Nak tak nak kena bagi. Dah bagi, dapat kerja dengan gaji baru. Beritahu bos nak resign, bos counter jauh dari gaji baru.

“Bagi saya isu bagi payslip ini akan buatkan kita forever underpaid. Bayangkan tempat kerja sekarang memang dah underpaid.

“Mohon tempat kerja baru dengan harapan dapat gaji yang munasabah ataupun lebih lagi tapi sebab tempat baru mintak payslip kita yang underpaid sebagai benchmark, sampai bila-bilalah kita akan underpaid,” jelasnya.

Baca juga Bajet 2023: Ini senarai 15 masalah struktur yang dibimbangi pakar – Jangan dibiar nanti makin susah ditangani

Baca juga Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai