Beri peluang kepada Anwar untuk jadi perdana menteri, pulihkan ekonomi negara

Oleh BORHAN AHMAD

Rakyat Malaysia perlu memberikan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri menerusi pilihan raya umum kali ini selepas calon-calon lain terbukti tidak layak dan gagal.

Ini kerana saingan utama Pakatan Harapan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terbukti sudah tidak mempunyai tokoh atau calon yang sesuai untuk dipilih sebagai perdana menteri.

Walaupun Datuk Seri Ismail Sabri dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN dan calon perdana menteri, namun ia terbukti lemah dan hanya patong kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja.

“Takkan kita nak bagi perompak dan penyamun semacam Zahid ni sebagai perdana menteri.

“Kalau kita mahu negara kita ini dipimpin oleh gangster, undilah Umno,” kata Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Jeming Hassan dalam ceramahnya malam tadi.

Takkan kita nak patong jadi PM kita, kata Jeming dalam ceramah malam tadi.

Di pihak PN juga, mereka mempunyai dilema yang sama kerana tidak mempunyai calon perdana menteri yang layak dan sesuai.

Ketika Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi Ahli Parlimen yang tercorot dalam kehadiran ke Dewan Rakyat, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin pula sudah disahkan sebagai perdana menteri yang gagal.

“Ustaz Hadi tidak minat untuk bertugas untuk rakyat.

“Tahun lepas pula kita telah buktikan Mahiaddin telah gagal melalui #KerajaanGagal.

“Takkan orang yang sudah dibuktikan gagal dalam pentadbiran negara hendak kita bagi peluang menjadi perdana menteri sekali lagi,” kata beliau dalam ceramahnya di Pasir Putih malam tadi.

Mahiaddin, Hadi serta Mahathir tersenarai sebagai pemimpin yang malas datang ke Dewan Rakyat untuk menjalankan tugas mereka.

Dalam PRU-15 ini, hanya ada empat calon PM yang disebut-sebut oleh parti masing-masing.

Pakatan Harapan menamakan Anwar, PN menamakan Mahiaddin, BN menamakan Ismail manakala Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan oleh Gerakan Tanah Air (GTA).

Di kalangan mereka, hanya Anwar sahaja yang belum diberikan peluang untuk membuktikan kemampuannya sebagai PM.

“Dari segi kemampuan, nampak jelas bahawa Anwar mampu dan layak untuk menjadi perdana menteri khususnya ketika negara memerlukan seorang tokoh untuk memulihkan ekonomi negara.

“Lagipun semua rakan-rakan beliau sudah mendapat peluang. Jadi kali ini patut bagikan kepada Anwar pula,” kata seorang penganalisis politik.

Ketika menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, Anwar pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia.

Anwar juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin dunia termasuk Presiden Recit Toyyib Erdorgan dari Turki yang kini mempunyai hubungan dagang yang baik dengan Malaysia.

Melalui hubungan yang baik dengan pemimpin dunia, beliau dipercayai mampu membawa masuk pelaburan ke negara ini bagi memulihkan ekonomi negara.

BACA JUGA Kalau kawan sendiri gagal dipertahankan, macamana mahu jadi PM berjaya? JUGA Azwan Ali beri sokongan pada calon PH selepas umum tarik diri bertanding di Gombak DAN JUGA Dengan Anwar calon PM paling popular, parti politik menamakan calon hari ini