Malaysia Dateline

Beria Ain beri amaran kepada perempuan lain tapi guru wanita ini pula betulkan tatabahasa

Beria individu bernama Ain memberi amaran larangan kepada perempuan lain tetapi seorang guru tampil membetulkan aspek tatabahasa.

Tular di media sosial pelekat amaran yang memberitahu tempat duduk pembonceng di sebuah motor itu khusus untuk Ain sahaja.

“Tempat duduk khas untuk Ain sahaja Perempuan lain dilarangkan duduk disini kecuali ahli keluarga terdekat”

Ayat tanpa noktah itu sebenarnya mengandungi kesalahan tatabahasa daripada segi kata sendi nama “di” seperti teguran seorang guru ini.

“‘dilarang’, ‘di sini’. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul,” kata Nor Shazwani Shamshudin.

Seorang warganet lain pula mengingatkan bahawa kata “di” perlu dirapatkan untuk perbuatan, contohnya; ‘dilarang’, ‘dibuang’, ‘dimakan’ manakala jika untuk tempat pula perlu jarakkan misalnya; ‘di sana’, di Johor, di rumah’.

Baca juga “Mari berhealthy Malaysia” – Cikgu Vin nasihat jangan jadi perosak bahasa kebangsaan

Baca juga Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang