Malaysia Dateline

Berjuang bela keadilan, kebajikan guru datang dari individu-Mana perginya kesatuan? Sepatutnya mereka di hadapan

Susulan isu Cikgu Mohd Fadli Salleh yang sedang hangat diperkatakan di media sosial hari ini ramai yang mempersoalkan di mana perjuangan membela keadilan dan kebajikan guru hanya datang dari individu, guru dan juga ibu bapa yang bersimpati.

“Mana perginya kesatuan dan pertubuhan guru? Bukankah sepatutnya mereka di hadapan memimpin perjuangan membela nasib guru?”soal Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad di facebooknya.

Beliau hairan mengapa dalam isu membela keadilan dan kebajikan guru hanya datang daripada suara individu seperti yang berlaku terhadap Cikgu Mohd Fadli iaitu guru di sebuah sekolah rendah di Gombak.

Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila kesatuan yang ada seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) tidak bersuara dalam isu membabitkan guru-guru.

“Nutp buat apa selama ni?” soal Helmi Foad.

“Kesatuan hanya lantang bab gaji Dr,” komen Azizul Azli Ahmad.

“Kesatuan pandai kutip yuran je,” komen pula Cucu Tok Mat.

“Semua ada ‘kepentingan’ dan agenda masing2… Bukan nak berjuang dan membela ahli sangat pun…,” kata Rizal Aminuddin.

“Setuju dr Anuar Ahmad.. nutp,kesatuan/persatuan guru2 yg lain mbisu sajaa, itu yg guru2 dibawah meluat, mereka cakap tak serupa bikin, jaga perut dan jawatan sajaa…,” komen Zulkiflee Othman.

Rata-rata kecewa dengan nasib yang menimpua guru pada hari ini yang tiada pembelaan daripada kesatuannya.

Bagi Anuar, ramai guru-guru dan rakan-rakan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri mengakui akan semua isu ini memang wujud bahkan Menteri Kanan Pendidikan pun akui semua isu tersebut memang wujud.

“Sebab itu KPM sendiri telah ambil tindakan berkaitan isu beg berat, cadangan semakan semula kurikulum sekolah rendah mulai 2023, usaha tambah guru one off untuk suraikan kelas yang sesak murid.

“Jadi mengapakah unit tata tertib KPM perlu ambil tindakan pada beliau sedangkan isu yang beliau bangkit sudah lama diketahui umum, diakui dan telah diambil usaha penyelesaian oleh KPM? Apa yang dianggap memalukan KPM kalau semua itu adalah isu umum? Di mana pula elemen mengaibkan institusi?” soal beliau.

Apa yang jelas bagi pensyarah ini adalah tindakan ketidakadilan pihak atasan KPM secara terpilih pada beliau. (sedangkan sangat ramai guru lain yang menyatakan isu yang sama dalam medsos).

“Mengapa KPM.tidak bersikap profesional, terbuka dan melihat secara matang bahawa ini hanyalah sekadar pandangan dan perkongsian mereka (guru-guru) sebagai pihak yang faham dan ikhlas mahu berkongsi ttg realiti apa yang berlaku di sekolah?

“Tak kanlah pihak KPM sampai tahap ‘koyak rabak’ hanya kerana perkongsian rasa hati para guru?
KPM….No need to lower your level…,” ujarnya lagi.

Baca juga: Saya rindu zaman Dr Mazlee jadi menteri, kata Cikgu Fadli

Baca juga: 46 pendaki terperangkap kejadian kepala air di Telaga Tujuh