Malaysia Dateline

Berlari boleh dapat duit ratusan ringgit sehari? Ini nasihat individu yang berkecimpung dalam bidang NFT

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sebaran berkaitan ‘kasut maya’ melalui platform Non Fungible Token (NFT) yang mendakwa boleh meraih pulangan ratusan ringgit dengan hanya berlari.

Pengguna Facebook, Zikri Shafie berkata, perkara paling penting mengenai platform itu adalah turun naik harga kasut NFT dan token yang bergantung pada konsep “supply and demand”.

“Untuk rujukan, projek “run to earn” terbesar bernama StepN mengalami kejatuhan harga sebanyak 90 peratus untuk NFT nya dan token.

“Jadi, nasihat saya kepada yang tertarik nak laburkan duit beribu-ribu ringgit dalam posting yang berkenaan itu untuk berhati hati,” katanya.

Beliau yang mengaku terlibat dalam bidang NFT dan pasaran mata wang kripto berharap orang ramai membuat kajian dan semakan terlebih dahulu bagi mengelak menanggung kerugian yang besar.

Baru-baru ini heboh dalam kalangan komuniti pelari hebahan mengenai kasut NFT yang boleh menjana pendapatan ribuan ringgit.

Antaranya, dengan pembelian ‘kasut’ NFT yang bernilai RM1,350 sebagai modal, pelari akan mendapat sejumlah token yang kemudiannya boleh dikeluarkan.

Individu berkenaan mendakwa pelari boleh mendapat RM100 jika berlari sejauh 5km tetapi dihadkan kepada RM400 sehari.

Baca juga Lagi 10 tahun, penduduk di pesisir pantai diancam bahaya jika langkah ini tidak segera dibuat

Baca juga Ada apa dengan angka ’11’ kepada kanak-kanak ini?