Malaysia Dateline

Berlegar di media sosial kelibat syarikat penghantar makanan yang baru, rider dah mula tinggalkan Grab ke?

Di tengah-tengah ketidakpuasan hati yang timbul dalam kalangan penghantar makanan terhadap syarikat induk, kini berlegar di media sosial tentang perkhabaran adanya sebuah syarikat penghantar makanan yang baru, bersaing dengan perkhidmatan sedia ada.

Kebanyakan rakan penghantar di sekitar kawasan Puncak Alam dilihat sudah beralih kepada syarikat penghantar makanan yang baru iaitu Misi Rakyat dan kini dalam proses merekrut rider baru di sekitar Shah Alam.

Seperti perkongsian Facebook Founder Misi, aplikasi itu ditubuhkan sepenuhnya oleh anak tempatan untuk membantu para penghantar yang selama ini berdepan dengan masalah kadar upah rendah ditetapkan syarikat induk.

Menurut penjelasan dari perkongsian itu, syarikat Misi tidak akan mengambil untung langsung dan dengan itu pihak vendor boleh mengekalkan harga makanan mereka.

Konsepnya, pihak vendor dapat kekalkan harga dan untung sebanyak 100 peratus, sementara rider juga dapat menikmati 100 peratus keuntungan dari penghantaran yang mereka lakukan.

Difahamkan, Founder ketika ini memilih untuk menanggung sendiri kos sekitar RM16,000 setiap bulan dengan menggunakan perniagaan baju dan perniagaan lain miliknya tanpa menggunakan duit vendor dan duit rakan penghantar di Misi.

Dia nekad untuk membangunkan aplikasi ini selepas merasa tidak setuju dengan syarikat gergasi penghantar makanan yang mengenakan caj lebih 36 peratus kepada para peniaga, belum termasuk caj tersembunyi, bayaran yang tertunggak dan ‘prank order’.

Sementara itu dalam laman kumpulan GrabFood Rider Malaysia, ada rider yang berkongsikan video terlihat rakan-rakan penghantar dari syarikat baru Misi sudah pun mula beroperasi.

Rata-rata juga menunjukkan minat dengan aplikasi baru itu dan berkongsikan mereka sudah pun mendaftar sebagai rakan penghantar Misi.

“Saya rasa puas hati dapat bantu lebih 10,000 ribu vendor seluruh Malaysia terutamanya vendor-vendor kecil yang berniaga di tepi jalan. Dia orang kekalkan harga dan untung 100 peratus. Rider pula dapat 100 peratus profit deliver

“Dan pada resit setiap pembelian ada caj 8 peratus pada pelanggan di mana 6% SST dan 2% untuk diagihkan semula kepada pengguna, rider, admin, dan lain-lain,” ujar Founder aplikasi Misi.

Baca juga: Caj teh o ais RM5, kedai makan kayangan dekat PD dikenakan kompaun serta merta

Baca juga: Sebelum ambil mana-mana kes, peguam sepatutnya tahu dia boleh kendalikan kes itu atau tidak – Majlis Peguam