Malaysia Dateline

Bertembung dengan Zafrul, AMANAH mahu Dr Dzulkefly pertahankan kerusi Kuala Selangor

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad digesa terus mempertahakan kerusinya untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Gesaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub berikutan Umno mahu meletakkan bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz, sebagai calon mereka di Parlimen Kuala Selangor.

“Kami pimpinan AMANAH dan juga Pakatan Harapan mahu Dr Dzul bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor ini sekali lagi.

“Ini kerana, bagi kami, PRU-15 ini adalah sangat kritikal dan serius. Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh Pakatan Harapan,” kata Salahuddin.

Dr Dzulkefly sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk memberi laluan kepada calon yang lebih muda dari beliau dalam pilihan raya umum kali ini.

Hasratnya itu sudah lama disebut kepada pimpinan parti bagaimanapun pihak parti memberi isyarat awal untuk mengizinkannya.

Pucuk pimpinan AMANAH yakin Dr Dzul mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja kuat beliau selama ini.

Rakyat Kuala Selangor tahu kegigihan beliau membantu rakyat, di samping tugasan beliau di peringkat negeri Selangor (STFC dan lain-lain) dan juga sebagai menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu, kata Salahuddin.

“Saya mendoakan kejayaan beliau untuk pilihan raya kali ini dan kita sama-sama sekali lagi melaksanakan amanah rakyat untuk negara,” katanya lagi.

Baca juga: Dua beradik bergaduh rebut tempat duduk dalam kereta sebelum adik maut tertusuk pisau dibaling kakak

Baca juga: Bukit Jalil masih ‘home stadium’, Khalid harap lokasi tak jejas semangat penyokong