Malaysia Dateline

Betullah ‘balik kampung tanam jagung’ – Ini tiga tips untuk anda nikmati kebebasan kewangan

Ungkapan bagi tujuan gelak ketawa berbunyi “balik kampung tanam jagung” rupa-rupanya relevan dalam konteks untuk kita menikmati kebebasan kewangan.

Hal ini memandangkan kos sara hidup terus melambung dengan mereka yang bekerja makan gaji memperoleh pendapatan yang begitu-begitu saja.

Jadi, masihkah kita berasa hanya mula merancang kewangan nanti-nanti atau tahun depan?

Pakar kewangan menasihati orang ramai agar mulakan sekarang untuk simpanan agar diri dapat menikmati kebebasan kewangan.

Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, termasuk bersara awal dan tidak perlu berkerja pada usia senja.

Ini tiga tips untuk anda menikmati kebebasan kewangan dengan tindakannya perlu dimulakan sekarang!

1. Kurangkan makan di luar

Henti atau kurangkan kekerapan makan di luar. Usah terpengaruh dengan kedai tular. Pantang ada tempat makan viral, terus nak serbu.

Walhal, di situlah berlakunya aliran tunai keluar.

2. Cari sumber pendapatan sampingan

Cubalah buka bisnes kecil-kecilan yang lama-kelamaan nanti jadi besar. Boleh wariskan pada anak cucu.

Sebabnya, majikan di tempat anda bukan sampai anda lanjut usia akan terus mengambil anda sebagai pekerja.

Jual air tebu pun boleh asalkan ada bisnes sendiri yang tak perlukan mahir Excel. Hanya tangan dan kaki yang rajin serta paling penting ialah persiapan mental yang tidak mudah mengaku kalah.

3. Balik kampung berkebun dan menternak

Dah pencen balik kampung, buat rumah dalam kawasaan kebun atau dusun buah-buahan. Tanam sayur, bela ayam dan lembu, berdikari, orang kata.

Tanpa hutang keliling pinggang, RM1,000 sebulan pun sudah cukup selesa hidup di kampung. Tapi, itulah. Tip ini hanya terpakai bagi mereka yang masih ada tanah di kampung.

Baca juga Taufan Ian mungkin paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, angka korban terus meningkat

Baca juga Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai