Orang ramai kini sedang mencari seorang aktivis media sosial yang berjanji akan berlari bogel di Putrajaya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
Selepas hampir seminggu Anwar mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10, belum ada lagi kelibatnya berlari telanjang di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
Mohd Hazril Harun menerusi Facebook beliau menulis, “Hassan Hasrul Hadi… Jom sahabat-sahabat yang mengenali nama di atas… cari sampai dapat untuk dia tunaikan janji-janji dia… Jom share… sampai dapat…”
Isu itu turut disorot oleh aktivis media sosial melalui video pendek di TikTok.
“Siapa yang nak lari bogel kat Putrajaya tu ye? Datuk Seri Anwar dah jadi Perdana Menteri, nak lari bogelkan? Silalah,” kata seorang wanita yang menggunakan nama @kak_al99 di Tik Tok.
Hassan Hasnul Hadi dalam satu komennya di Facebook selamba menulis, “Ambo (saya) sanggup lari bogel di Putrajaya jika DSAI jadi PM.”
Selepas foto dengan kenyataan lelaki itu tersebar, ramai yang menyangka dia adalah anak kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetapi tidak sebenarnya.
Antara yang mendapat banyak pertanyaan mengenainya adalah menantu Hadi, Zaharudin Muhammad.
“Dari pagi orang dok tanya, kenal tak siapa dalam gambar ni? Entah, mamat pinoy mana entah… kalau tak fitnah tak sah…” kata Zaharudin melalui Facebook beliau sambil menyiarkan penyataan Hassan itu.
BACA JUGA MCMC, Polis panggil pengurusan TikTok ekoran tersebar video rusuhan 13 Mei
JUGA Nazar nak kahwin tahun ini juga jika Anwar jadi PM10, wanita ini jadi sorotan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio