Malaysia Dateline

Bila pemimpin mencuri, rakyat dan negara terkesan makin celaru

Pemimpin yang mencuri maka mereka akan mencuri wang dan barang-barang yang berharga dan ia sudah pasti akan memberi kesan bukan saja kepada mangsa terbabit tetapi juga institusi terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata, seandainya pemimpin negara yang mencuri, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, maka ia adalah mencuri hak rakyat, pendidikan, kesihatan dan masa depan rakyat.

“Cuba bayangkan sekiranya duit rakyat ysng dicuri adalah sebanyak RM42 juta atau RM2. 28 bilion dari syarikat besar, sedangkan ianya adalah kepada rakyat dan juga negara.

” Perlu difahami wang yang dicuri tersebut boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat melalui pembelian peralatan hospital setelah ketara fasiliti sedia ada berstatus ‘beyond economic repair’ dan kesihatan.

” Manakala impak kepada rakyat lebih menyukarkan apabila hak mereka dicuri oleh pemimpin negara. Suara dan perjuangan bagi membela nasib rakyat sejajar dengan 86 hadis yang menyatakan bahawa Jihad yang paling utama ialah menyatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim, ” tegas beliau ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, hadis tersebut adalah antara hadis yang paling utama dipegang oleh Pas suatu ketika dahulu. Mereka juga sepatutnya menginsafi diri dan bertaubat kerana menyokong dan bersama dengan pencuri hak rakyat.

Baca juga: Netizen sebak, anjing cium anggota ATM buat kali terakhir kerana akan bersara tidak lama lagi

Baca juga: Warga emas status duda dipenjara 10 tahun lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak