Bilik sewa RM350 macam lubang kubur-Netizen pertikai harga mahal tiada tingkap boleh sesak nafas

Oleh NASUHA RAHMAN

Bilik sewa RM350 sebulan bukan sahaja sempit bahkan tiada tingkap boleh menyebabkan penghuni sesak nafas, bilik itu juga dianggap netizen seperti lubang kubur.

Tular keadaan bilik sewa di sekitar Petaling Jaya yang sangat sempit muat sebiji katil bahkan kipas siling pun hampir terkena dinding.

Netizen mempertikaikan tindakan pemilik yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keadaan penghuni yang akan duduk di dalam bilik tersebut.

“Ya tuhan tgk pun rse mcm sesak nafas. Teringt dulu pernah menyewa bilik kosong xde tgkap mcm ni tp luas la, blh muat 6 7 org tp xde org lain menyewa selain aku.. Dgn dinding putihnya. Rasa mcm nk meletup otak.. Betol la kalau duduk ruangan x bertgkap dan kosong ni blh jd gila dan sesak nafas,” komen Nurfa Bella di facebook oh My Media.

Bahkan ada yang mendedahkan pihak pemilik mengaut keuntungan dengan membuat 13 bilik saiz seperti ini dalam sebuah kondominum untuk disewakan.

“Mcm kt setapak central punya kondo atas tu .. 1 rumah di bahagi smpai 13 bilik size mcni bg sewa harga cmtu. Dulu pernah sewakan untuk staff backup outlet kt setapak central tu. kesian gilaa rasa sbb ngam muat tilam single kipas n meja lipat je. Toilet dapo kongsi senang je tuan rumah buat duit,” komen Melysa Zailyn.

“Sempit nya..mcm mana nk solat..duduk ats katil ? tapi nk berdiri atas katil risau goyang2..lepastu kepala kene kipas..esok keluar brita .. seorang pemuda maut ketika hendak solat ,punca kepala kene kipas,” kata Norma Adsy.

Melihat keadaan bilik sewa ini, ada yang teringat filem Seniman Bujang Lapok yang disebut oleh Sudin.

“Citer P. Ramlee dah letak dlm filem Seniman Bujang Lapok dulu. 😆 “Din, bilik yang kau tanya dulu masih ada tak? Besar ke bilik tu Din?” “Besar tu tak besar lah, panjang dia dlm 7 kaki, lebar tu dlm 3 kaki, dalam dia tu membawak ke 7 kaki.” “Ui besar jugak bilik tu ye Din,panjang 7kaki, lebar 3kaki, eh ada dalam pulak 7 kaki.. 🤔 eh itu kubur, tempat ko nak mampos!,” komen Bang Mie.

Baca juga: Fitnah lagi! Dr Mujahid ambil tindakan undang-undang terhadap Pas

Baca juga: Monyet ini berkali-kali kejut mayat tuannya buat netizen sebak