Dalam soal merekrut pekerja baru, sesetengah syarikat kebiasaannya ada meletakkan syarat agar pemohon menyertakan slip gaji di tempat kerja yang lama.
Ada yang melihat ia sebagai satu usaha untuk mengeksploitasi gaji yang selayaknya diterima seorang pemohon. Oleh itu ramai yang khuatir dan ragu-ragu untuk mendedahkan gaji lama mereka pada majikan di syarikat baru.
Merujuk kepada banyak pertikaian berkenaan hal ini, seorang pengguna Facebook Shada Mazan, ada mengumpulkan beberapa jawapan yang diperolehinya dari sebuah kumpulan Facebook yang ketika itu membincangkan tentang kewajaran mendedahkan gaji lama pemohon.
Katanya, jika bakal pekerja telah menerima tawaran dan surat tawaran pun telah ditandatangani, tiada masalah untuk kemukakan slip gaji di syarikat lama kerana tujuannya adalah untuk urusan borang EA (cukai). Syarikat baru memerlukan data gaji setahun termasuk di syarikat lama.
Namun, jika kadar minimum dalam iklan lebih tinggi dari gaji semasa dan syarikat baru tidak dapat berikan gaji seperti yang diiklankan, bakal pekerja perlu pandai berunding untuk mempertahankan gaji yang diminta.
Dia juga melihat, tidak perlu untuk pemohon memenuhi syarat untuk kemukakan slip gaji lama dan maklumkan kepada mereka (HR) bahawa ia bersifat sulit. Tetapi HR syarikat baru kemungkinan besar akan cuba untuk dapatkan maklumat gaji ini dari HR syarikat lama.
“Saya ada terbaca seseorang post soalan ini di suatu Group. Saya kira ini soalan menarik untuk dikongsikan terutamanya kepada mereka yang tengah cari kerja atau ada perancangan untuk tukar kerja. Boleh juga dijadikan rujukan kepada sesiapa sahaja selagi mana bergelar pekerja atau majikan.
“Saya kongsikan di sini untuk manfaat semua. Saya percaya rata-rata yang komen adalah dalam kalangan pekerja atau HR sendiri dan dikongsi berdasarkan pengalaman masing-masing,” tulisnya di Facebook dan menyenaraikan 13 sebab mengapa kebanyakan syarikat baru akan meminta slip gaji lama.
Kami kongsikan selebihnya di bawah.
Bakal majikan nak tahu pekerja itu telus atau tidak
4- Untuk semakan atau kepastian, HR memang akan hubungi syarikat lama jika bakal pekerja itu telah disahkan jawatan dan tawaran itu. Tetapi jika belum sah jawatan dan tawaran, HR tidak sesuai untuk berbuat demikian.
5- HR ingin tahu bilakah tempoh terakhir bakal pekerja ini berkhidmat di sesebuah syarikat dan untuk buat perbandingan dengan resume yang diberikan.
6- HR sekadar ingin tahu gaji asal (terdahulu) sama ada bakal pekerja seseorang yang jujur atau tidak.
7- Syarikat ingin buat purata / anggaran gaji bagi jawatan atau bidang tugasan yang sama dalam industri atau industri lain untuk tujuan skala gaji.
8- Bakal majikan sekadar ingin tahu sama ada ayarikat yang kita nyatakan dalam resume itu benar atau tidak. Boleh jadi pekerja nyatakan syarikat terakhir yang beliau bekerja adalah di Megah Holding Sdn Bhd. Tetapi, slip gaji yang diberikan menunjukkan bakal pekerja bekerja di syarikat Kencana Putri Sdn Bhd. Bermaksud tidak telus di situ.
9- Bakal majikan ingin masukkan maklumat penggajian bakal pekerja dalam sistem payroll. Ini penting bagi yang perlu bayar PCB, keraana jumlah PCB adalah tertakluk kepada kutipan gaji tahunan. Pada hakikatnya HR boleh isi TP3 tetapi masih ramai HR yang kurang arif tentang TP3.
10- Bakal majikan takut ditipu, tipu tempat kerja terakhir, tipu gaji terakhir, atau tipu jawatan.
11- Syarikat perlu tahu jika bakal pekerja itu ada gaji yang besar, ia penting untuk dimasukkan dalam TP3.
12- Calon boleh palang slip gaji & nombor kad pengenalan jika khuatir disalah guna. Kebocoran maklumat bila-bila sahaja boleh berlaku.
13- Ramai bakal pekerja minta gaji tinggi dengan alasan bahawa syarikat lama bayar tinggi. Jadi syarikat baru minta sesalinan slip gaji dari syarikat lama hanya untuk sahkan / buat seakan. Tetapi bergantung sama ada nak serahkan atau tidak.
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Tular video lelaki gunting bendera Jalur Gemilang yang dipacak di ibu kota