Malaysia Dateline

Boleh pula harga berbeza ikut warna kulit, ramai kongsi pengalaman sendiri selepas tonton aksi parodi pemuda ini

Bukan satu rahsia lagi memang ada sesetengah penjual yang tidak jujur menjual barangan dengan harga berbeza ikut warna kulit.

Aksi parodi TikTokers, Arieff Yong yang memaparkan situasi penjual menentukan harga barang semasa berurusan dengan tiga jenis pelanggan berbeza mengundang orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing.

Menerusi video di TikTok yang mendapat lebih 241,000 tanda suka setakat pagi ini, harga barangan RM10 tetap dijual dengan harga sama apabila penjual itu didatangi pelanggan berbahasa Cina.

Namun, harga jualan bagi barang yang sama meningkat kepada RM40 walaupun penjual berkenaan mendakwa itu kononya harga atas dasar kawan.

Lebih menampakkan barang yang dijual itu mendapat potongan harga yang tinggi, penjual itu memberitahu harga biasa mencecah RM60.

Sementara itu, harga barangan seberat 1 kg itu seterusnya melambung kepada RM100 sejurus didatangi pelanggan ‘mat saleh’.

Ironinya, orang kulit putih itu yang juga dilakonkan Arieff Yong sendiri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penjual berkenaan lantaran menyangka telah menikmati diskaun yang banyak.

Rata-rata warganet mengakui pernah melalui situasi sama dengan masing-masing menyifatkan kemahiran penguasaan bahasa Cina komunikasi amat penting untuk mengelak ditipu.

Pengguna TikTok, Saif Yusof menceritakan bagaimana ibunya yang tahu berbahasa Hokkien pernah menolak tawaran seorang promoter tetapi cakap bahasa Melayu.

“Dia (Promoter) boleh marah-marah sindir cakap Hokkien. Lepas mak saya cakap (Hokkien) terkejut dia. Mak saya suruh panggil pengurus dia,” katanya.

Baca juga Hujan saja yang turun, rakyat kecewa kerajaan gagal tangani kadar inflasi

Baca juga “Dia ingat orang nak bid sampai RM1,000 kot” – Netizen kecam peniaga bundle koyak baju sebab bid murah sangat