Kehadiran penyokong Kelantan pada perlawanan Liga Perdana menentang Kuching City FC semalam amat memberangsangkan namun ada cerita kurang enak berkenaan mentaliti penyokong Kelantan yang disifatkan jauh ke belakang.
Ini kerana, selepas perlawanan, kelihatan kawasan tempat duduk penonton dipenuhi dengan bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan begitu saja.
Perbuatan ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan mencalarkan imej penyokong Kelantan secara keseluruhan.
Mentaliti kelas ketiga seperti ini harus dikikis daripada bola sepak tidak kiralah sama ada kelab itu bertanding di liga porfesional mahupun liga amatur.
Kelantan ketika ini sedang mendahulu carta Liga Perdana, jadi penyokong juga harus menterjemahkan mentaliti juara yang ditunjukkan oleh pemain, lapor harimaumalaya.com.
Sejak dibenarkan menggunakan semula Stadium Sultan Muhammad IV musim ini, penyokong Kelantan FC nampaknya semakin bersemangat untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi di tempat sendiri.
Bermula dengan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) tempoh hari, kehadiran penyokong Kelantan pada perlawanan Liga Perdana menentang Kuching City FC semalam sekali lagi amat memberangsangkan.
Penyokong Kelantan sememangnya diketahui antara penyokong yang paling fanatik di negara ini dan sentiasa menyokong pasukan mereka walaupun ketika berada di bawah.
Nampaknya aura ‘This Is Kota Bharu’ yang menjadi kebanggaan pasukan itu kembali menjelma semula setelah sekian lama.
Ketika perlawanan menentang JDT II sebelum ini juga, inisiden penyokong membaling botol ke dalam stadium turut merencatkan perlawanan.
Tingkah laku seperti ini adalah tidak baik untuk reputasi kelab dan boleh menyebabkan kelab didenda.
Tidak dinafikan semangat penyokong Kelantan wajar dicontohi oleh penyokong-penyokong lain tetapi dari segi sikap, sebahagian daripada mereka masih lagi di belakang.
Baca juga: Komersialisme filem Mat Kilau aspirasi ‘filem kita wajah kita’ dalam sentimen kemelayuan
Baca juga: 3 anggota polis ditahan didakwa ‘ambil’ RM45,000 ketika buat serbuan