“Buat apa belajar penat-penat sampai universiti tapi gaji RM2,000, lebih baik jadi TikTokers!”

Oleh KIM SYAZIE

“Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!”. Begitu mudah tanggapan sebegini meluas dalam kalangan anak muda. Masakan tidak, generasi muda kini banyak mengidolakan individu-individu yang berjaya disebabkan media sosial.

Masih ingat lagi tentang isu panas yang timbul apabila ikon permotoran yang sinonim dengan imej mat rempit ‘diangkat’ menjadi ikon? Kembar yang gagal SPM dengan keputusan 7G pula dikhabarkan sudah pun menjadi usahawan? Ini semua pendorong kepada anak muda untuk kekal menganggap pendidikan tidak menjamin apa-apa.

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @MySamudera, dia memberitahu hakikat sebenar di mana gelombang popular disebabkan media sosial ini tidak akan bertahan lama kerana dalam tempoh setiap tiga tahun, pengguna aktif di media sosial tidak lagi sama seperti dahulu.

Kerana itu jika dapat dilihat, banyak pemasaran yang kurang bijak dan kontroversi sengaja dilakukan hanya untuk menarik trafik orang ramai.

“TikTok, bilangan pengguna dia lebih 1 billion. Bilangan pengguna aktif 500 juta. Di Malaysia, anggaran bilangan pengguna, 4 juta. Dalam bilangan pengguna TikTok tu, berapa orang je yang betul-betul buat duit? Ada tak sampai 1,000 orang yang adik tahu?

“Katakanlah 1,000 orang di Malaysia betul-betul buat duit dan lestari, kita bahagikan dengan 4 juta. Itu adalah 0.025% dari keseluruhan pengguna TikTok di Malaysia. Itu baru statistik mudah berdasarkan TikTok, belum lagi yang lain.

“Jangka hayat popular di media sosial, berapa kerat je yang bertahan lebih dari 3 tahun? Lepas tu, what’s next? Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang. Tarik tudunglah, live marah orang kat 7-11 lah, semuanya sebab nak tarik trafik.

“Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah. Sebab itulah, pendidikan itu penting,” ciapnya di Twitter.

Pada masa sama, individu tersebut juga menjadikan kejayaan Usahawan Digital, Khairul Amin Kamarulzaman sebagai antara pencipta kandungan yang terpelajar kerana anak jati Kelantan itu merupakan pemegang ijzah dari US.

Contoh lain ialah Richard Ker di mana kebanyakan perkongsiannya di Twitter tentang perniagaan dan isu semasa, sangat bertepatan. Richard Ker sebelum menjadi pencipta kandungan sepenuh masa, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di dunia).

“Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka orang yang berpelajaran. Strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk pemasaran sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat agensi pemasaran sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat korporat sebagai klien.

“Kesimpulannya, pendidikan itu penting. Duit pun penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran. Untuk ada kepintaran, adik perlukan pendidikan.

“Jadinya, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni – banyak yang kelentong. Dapatkan pendidikan. Dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya,” tulisnya lagi.

Baca juga: 72 peratus pelajar tak sambung belajar: Lepasan SPM jawab ‘bukan tak nak tapi ada yang bergelut untuk hidup’

Baca juga: Tak sambung belajar sebab jadi ‘waiter’ pun gaji RM2k, ‘motivator’ ini balas belajar untuk hidup bukan cari kerja

Baca juga: Tak mahu sambung belajar? Ini nasihat abang, kakak wajib dengar