Malaysia Dateline

Buat Lalamove untuk cari rezeki, lelaki terkejut terima pesanan buang saka

Servis perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan seperti Grab, Food Panda serta Lalamove semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini.

Hal ini berikutan rakyat Malaysia yang mempunyai masa yang terhad memilih untuk menggunakan alternatif ini walaupun perlu mengeluarkan perbelanjaan.

Berkat perkembangan ekonomi dan teknologi, pengguna dapat menikmati servis ini dengan hanya menggunakan hujung jari mereka dan barang yang mereka beli atau hantar muncul di hadapan pintu rumah.

Perkhidmatan ini membenarkan pelanggan untuk menghantar apa sahaja yang diingini kerana servis ini tidak melibatkan orang tengah.

Pelanggan boleh terus menghubungi rakan penghantar atau ‘runner’ menerusi aplikasi yang disediakan.

Siapa sangka, kemudahan ini menyebabkan pelanggan bertindak di luar jangkaan apabila mereka menggunakan servis ini untuk membuang saka.

“Assalamualaikum ‘rider’ malam saya nak minta tolong buangkan barang dalam sungai berdekatan Sunway Pyramid (syarat muslim pandai baca ayat suci),” tulis pelanggan dalam aplikasi Lalamove.

Dalam ruangan yang sama tertera tulisan ‘Barang: botol kaca lama dengan lilitan’.

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna aplikasi sosial media Twitter, Syafiq Unzir dengan kapsyen ‘weh seram, nak terima tawaran ini atau laporan sahaja’.

Kongsian Syafiq ini telah menyebabkan sebilangan pembaca turut berkongsi pengalaman mereka membuang ‘barang’ itu seperti Eira Azmi yang menceritakan tentang apa yang dialami abangnya.

“Abang saya pernah buang sekali di tengah malam. Kebetulan nama dia juga Syafiq. Ustaz pesan buang dan jangan toleh kalau dengar apa-apa. Lepas je buang, ada suara kata ‘yang kau pergi buang tu kenapa? memang dia lari terus la,” katanya.

“Pernah pergi buang barang dalam sungai, tapi ustaz pesan lepas buang, balik terus, jangan toleh dah. Lepas buang ke dalam sungai tu memang perasan ada suara minta tolong,” kongsi pengguna lain bernama Omen.

Baca juga: Lupakan pengeluaran KWSP, rakyat cadang lanjut moratorium