Malaysia Dateline

Buat pengundi B40 dan miskin bandar – 9 tawaran PH ini lebih baik dari PN, BN

Buat golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin bandar, Pakatan Harapan (PH) menyediakan tawaran lebih baik berbanding Perikatan Nasional (PN) apa lagi Barisan Nasional (BN).

Selain Bantuan Sara Hidup (BSH), PH akan melaksanakan projek rumah mampu milik atau sewa dan transit ketika manifesto BN sama sekali langsung tidak menyebut tentang keperluan paling asas ini.

Bagi memastikan kesihatan rakyat terjamin, PH yang akan membentuk kerajaan jika diberi mandat pada 19 November ini akan menambah klinik kesihatan di kawasan padat dan yang mempunyai kadar kemiskinan tinggi.

Langsung tiada dalam manifesto PN mahu pun BN ialah pelaksanaan saringan kesihatan rumah ke rumah.

Hanya PH menawarkan usaha tersebut dengan tumpuan di kawasan pangsapuri kos rendah.

PH turut akan melaksanakan inisiatif Dapur Komuniti dengan menyediakan makanan kepada anak-anak miskin yang tidak disebut dalam manifesto PN dan BN.

Mandat rakyat yang diberi kepada PH juga bakal menyaksikan pelajar dari keluarga B40 diberikan biasiswa manakala hutang PTPTN juga akan dimansuhkan secara bersasar.

Khas buat wanita bekerja yang menjaga anak-anak pula, PH akan menyediakan insentif subsidi penjagaan sekiranya dapat membentuk kerajaan di Putrajaya selepas PRU15 ini.

Pengundi B40 dan miskin bandar antara lebih 21.2 juta pemilih yang akan keluar mengundi pada 19 November ini.

Majoriti kumpulan isi rumah B40 termasuk di kawasan bandar kini berdepan tekanan inflasi yang melambung untuk menampung perbelanjaan harian.

Baca juga Buat pekerja gig dan pencari kerja – Skim insurans hayat antara tawaran PH yang tidak dijanjikan PN, BN

Baca juga Wah! Volkswagen cipta kerusi pejabat, siap boleh dipandu lagi!