Gelagat seorang pemuda yang lahap menjamah makanan semata-mata untuk melakukan ‘food review’ mengundang kritikan ramai.
Dalam video yang dikongsi sebuah laman Twitter, sekumpulan anak muda dilihat sedang membuat rakaman ‘food review’ untuk sebuah restoran western yang terletak di Petaling Jaya.
Bagaimanapun gaya makan salah seorang dari mereka ditegur netizen kerana dilihat sengaja menikmati hidangan dengan gaya comot seolah mahu menampakkan makanan itu sedap.
Ramai meluahkan rasa mual dan mengkritik gaya penghasilan kandungan kumpulan anak muda berkenaan yang dianggap tidak profesional dan tidak menghormati makanan.
Mereka juga mengatakan gaya makan seperti itu sama sekali tidak menarik selera mereka.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen selain mengkritik gaya kurang sopan pemuda berkenaan, mereka juga menegur gaya pemakanan tidak sihat yang diamalkannya memandangkan lelaki itu bersaiz agak besar.
“Aku bukan nak fat shamimg, tapi laki tu dah kena stop makan benda tak sihat ni. Dah gaya boleh kena diabetes,” kata seorang pengguna Twitter.
“Apasal aku jadi geli tengok video ni ek,” tulis pula yang lain diikuti dengan komen balas warganet mengatakan mereka hilang selera melihat gaya ‘review’ pemuda tersebut.
Bagaimanapun dalam satu ciapan terbaru, lelaki tersebut tampil memohon maaf mengatakan dia akan mengubah gaya makan yang kurang sopan, namun meminta untuk tidak menghina fizikalnya.
Baca juga:Tragedi dua beradik rentung, Ibu bapa keluar 3 pagi rupanya cari makan sebab mengidam