Seorang wanita dilihat cukup yakin untuk meneruskan tutorial cop kening walaupun dengan cara salah apabila tidak menggunakan bingkai acuan yang sepatutnya.
Bersiaran langsung lebih empat minit, wanita yang juga seorang ibu muda itu pada awalnya dilihat tidak menghiraukan teguran warganet yang menonton tutorialnya.
Dia yang dipanggil Tasya itu sebaliknya tertanya-tanya, apa salahnya dengan cara dia menekap bahan tersebut.
Dalam masa sama, wanita itu dari semasa ke semasa sibuk melarang anak kecilnya agar tidak menganggu ketika sedang ‘live’ di media sosial.
“Anak Tasya kacaulah, korang,” keluhnya yang dilihat tidak fokus dengan tutorial yang dilakukannya.
Hanya apabila di hujung-hujung rakaman video yang tersebar itu, dia mulai sedar kesalahannya hingga ketawa sendiri.
“Salahlah sis. Tekap yang kosong tu.
“Dia saja buat-buat bebal ke?
“Cop yang ada lubang tu!
“Celah mana yang lawa dengan kening fake tu?
Itu antara deretan teguran serta kecaman netizen tetapi wanita itu dilihat seolah-olah terlepas pandang deretan komentar tersebut.
Baca juga Dibiarkan keseorangan, kanak-kanak hampir terjatuh eskalator sebelum diselamatkan