Baru-baru ini tular di media sosial satu tangkap layar perbualan antara seorang pekerja yang diberhentikan bos atau majikannya selepas lewat datang ke tempat kerja.
Pekerja tersebut dipercayai tidak hadir ke tempat kerja dan datang lewat keesokan harinya sehingga majikan tersebut membuat keputusan mengeluarkan pekerjanya dari kumpulan WhatsApp pekerja.
Susulan itu, ada satu komen yang ditinggalkan seorang pengguna Facebook, yang dilihat amat berguna untuk diamalkan untuk semua orang yang bergelar pekerja.
Individu berkenaan yang menggunakan nama sebagai Al Riana memberi teguran supaya para pekerja mengamalkan sikap ‘keep boss informed’ yang bermaksud sentiasa memaklumkan situasi anda kepada majikan atau supervisor.
Ini terpakai dalam semua keadaan termasuk jika mempunyai hal kecemasan pada hari-hari tertentu yang menyebabkan anda tidak dapat hadir ke tempat kerja. Dengan syarat, perlu mengamalkan sikap ‘keep boss informed’, menurut individu berkenaan.
Kami kongsikan pesanan berguna tersebut yang boleh diamalkan semua pekerja di luar sana supaya anda juga dapat menjaga prestasi yang baik di mata majikan;
Kerja lah apa-apa pun, amalkan sikap KBI ‘keep boss informed’ (selalu maklum kepada bos atau supervisor). Kamu nak ke mana, ada urgency ke, tiba-tiba hari tertentu tak boleh bekerja, asalkan KBI.
Lagi awal beritahu, lagi bagus. Apa plan dan apa bakal kamu rasa terjadi kepada kamu. Contohnya, kamu memandu atau menaiki kenderaan uzur, asyik bermasalah je. Awal-awal KBI jika hadir kerja terlewat atau tiba-tiba tak dapat hadir bekerja.
Selain itu, tunjukkan komitmen kerja yang bersungguh-sungguh. Masa bekerja laksanakan apa yang diminta, disudahkan kerja dengan baik.
Sentiasa hidupkan telefon. Mudah menjawab apa-apa mesej, WhatsApp, dan lain-lain. Ikhlas dan berterus terang dengan bos atau supervisor. Dalam masa lain, tunjukkan kamu bertanggungjawab dan sedar akui kesilapan dan jangan ulangi the same mistakes.
Bos pun nak jadi penyelesai masalah kamu
Bos ni, mereka nak je dan sentiasa bersedia nak jadi problem solver kamu jika kena dengan cara kamu berkomunikasi.
Tunjukkan rasa hormat dan keutamaan arahan bos ketika waktu bekerja. Jangan bersikap main-main, mengutuk bos dan mencari jalan perselisihan dengan bos.
Carilah titik persamaan dengan bos. Contohnya cuba selami bos cenderung buat apa? Bos minat bola? minat main badminton?
Atau suka travel? atau suka family chill time, suka memasak? Suka drive? Suka jaga kereta? Kamu kena pandai adapt dan berbual dengan bos kena pada minat dan kecenderungan dia. Inshaa Allah, kamu jadi pekerja yang baik.
Dulu-dulu saya pernah dapat bos suka berbual-bual dan santai. Bila bekerja dia tegas, tapi ada masa dia panggil ke bilik nakkan kawan bersembang. Jadi pandai-pandailah ya.
Bos juga manusia, saya tak percaya kepada kata orang ramai, bos nak pedajal pekerja sendiri jika pekerja tak buat salah besar dan sering ulangi kesalahan.
Bos bangsa Cina lagilah. Dia biasanya mahu pekerja yang jujur, mahu belajar dan rajin. Simpan rahsia dia dan dia sayang kamu sampai bila-bila.
Bos India juga begitu, dia suka uji pekerja, jujur atau tidak. Boleh tahan dengan susah kerja mula-mula atau tidak? Jika lepas ujian ini semua, Inshaa Allah kamu tiada masalah berkerja dengan mana-mana bos.
Apa kata anda?
Baca juga: Pecah tembelang! Peminta sedekah main judi, siap sorok telefon belakang tabung derma