Malaysia Dateline

Budak 4 tahun kritikal dadah: Doktor ini dedah sebab perlu ‘direhatkan’

Kes ini memang menyedihkan. Anak berumur 4 tahun ini terpaksa dikejarkan ke hospital baru-baru ini kerana disyaki mengalami overdose dadah jenis Methamphetamine.

Bapa saudaranya, yang pernah mempunyai rekod kesalahan dadah telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Methamphetamine dalam bahasa orang biasa, syabu memang adalah dadah yang glamer. Yang biasa digunakan sebagai dadah rekreasi.

Ianya murah dan memang jadi pilihan orang muda untuk berparti dan meningkatkan tenaga. Ada yang sengaja mengambilnya sebagai afrodisiak.

Antara kesannya yang lain ialah untuk mengurangkan selera dan seterusnya menguruskan badan. Tapi, ia memang menyebabkan ketagihan yang tinggi.

Menyebabkan pengguna akan jadi ketagih dengan cepat dan akan balik-balik mencari dadah ini untuk melegakan simptom withdrawalnya.

Dalam kes overdose sebegini, anak ini pastinya mengalami masalah neurologi memandangkan dadah ini mengganggu sistem dopamine dan serotonergik otak. Ia boleh menyebabkan psikosis, hyperprexia, tekanan darah naik, sawan dan gangguan buah pinggang.

Atas sebab itu, anak ini terpaksa ‘direhatkan’ untuk menurunkan tekanan darah dan suhunya seterusnya merehatkan organnya terutama otak.

Memang ini akan jadi kes polis. Apa yang sebenarnya berlaku memang perlu disiasat. Adakah anak ini terambil pil dadah ini secara tidak sengaja atau adakah seseorang telah memberinya dadah ini?

Mereka yang bertanggungjawab sebagai penjaga anak ini boleh didakwa di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-kanak 2001, atas tuduhan pengabaian kanak-kanak dan mendedahkan anak ini kepada bahaya.

Baca juga Kronik dan kritikal itu tak sama? Ikuti penjelasan doktor ini

Baca juga Waspada semua !!! Penyelidik dedah Asia akan hadapi inflasi makanan, harga akan melambung naik!