Malaysia Dateline

Bukan kereta perisai, tapi kereta lembu turut sambut Merdeka ke-65

Biasanya melihat kereta perisai menghiasai sambutan Hari Kemerdekaan, sempena menyambut hari kemerdekaan negara ke-65 pelbagai cara dan inisiatif dilakukan antaranya menghias kereta lembu bagi menzahirkan kegembiraan.

Begitu juga di Jalan Bagan Luar, Butterworth sekumpulan anak muda keturunan India yang tinggal sekitar kawasan tersebut telah mengambil inisiatif berarak bersama-sama dengan dua kereta lembu.

Setiap kereta lembu dihias dengan bendera negeri Pulau Pinang dan juga Malaysia. Manakala setiap kereta lembu akan dinaiki oleh beberapa orang sambil lagu patriotik dipasang sepanjang perjalanan mereka beegerak sekitar lima kilometer.

Salah seorang peserta yang ditemui, hanya mahu dikenali sebagai Joe berkata, mereka berarak dengan menggunakan kereta lembu sekitar Jalan Mengkuang, Bagan Luar serta Jeti Lama.

Malah kata beliau lagi, kemerdekaan negara boleh dizahirkan melalui pelbagai cara dan inisiatif yang diambil mereka adalah bagi menaikkan semangat anak muda agar hari kemerdekaan negara senantiasa diraikan.

Baca juga: Selepas Fashion Week, kali ini tunjuk ‘body’ pula Kerajaan Pas Kedah dikecam

Baca juga: