Malaysia Dateline

Bukan sekadar petua, pakar pemakanan jelaskan kenapa perlu minum air pangsa lepas makan durian

Orang-orang ‘lama’ yang sudah faham benar dengan durian yang diberikan jolokan nama Raja Buah, pasti tahu pelbagai petua untuk mengelakkan badan terasa panas jika berlebihan makan buah durian ini.

Namun pernah tak anda tertanya mengapa kita digalakkan untuk minum air pangsa selepas makan durian? Petua yang diamalkan selama ini sebenarnya berkesan atau sekadar mitos?

Menerusi perkongsian di Facebook, bekas Timbalan Pengarah Perekaan Pemakanan MARDI, Dr Suri Roowi menjelaskan mungkin ada benarnya petuaminum air pangsa tersebut.

Ini kerana katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beliau sendiri dan ramai lagi saintis lain ke atas beberapa jenis buah, hasil menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah dari bahagian kulit dan dari buah.

Bahkan jelasnya, kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.

“Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa. Mungkin ada benarnya.

“(Selain kajian pada tahun 2015), kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin.

“Bahan ini boleh bertindak sebagai anti-radang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.

“Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum,” jelasnya.

Gambar yang dikongsikan Dr Suri Roowi

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai agar berpada-pada ketika makan buah durian dan tidak makan berlebihan.

Bca juga: “Kenapa bukan ucapan tahniah?”- Pelajar terkilan SPM dapat 6A tapi respon ibu buat hati terluka

Baca juga: Gigih ubah suai Kelisa jadi Daihatsu, dah kena saman polis