Malaysia Dateline

Bukan semua biji boleh keluarkan buah – Ini tips nak semai anak betik

Selalunya, kebanyakan daripada kita akan mencampakkan semua biji betik dengan harapan nasiblah mana yang boleh keluarkan buah.

Rupa-rupanya ada cara semai anak betik yang betul seperti dikongsikan Puan Juraida Hamzah.

Ini tips daripada beliau:

“Cara saya nak semai anak betik, biji yang hitam. Yang kurang hitam, diasingkan. Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan disemai.

“Itu biji betik yang akan mengeluarkan buah yang betina. Yang berwarna pudar hitam tu pokok betik jantan, tak akan mengeluarkan buah, hanya bunga sahaja”.

Walaupun begitu, ada yang berpendapat yang berwarna pudar hitam itu iaitu pokok betik jantan, elok juga ditanam kerana bunganya sedap dibuat kerabu dan ulam.

Baca juga Betullah ‘balik kampung tanam jagung’ – Ini tiga tips untuk anda nikmati kebebasan kewangan

Baca juga Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai