Bursa Malaysia ‘meriah’ hari ini sambut khabar Anwar jadi PM

Oleh KIM SYAZIE

Bursa Malaysia meningkat hari ini apabila indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), meningkat lagi kepada 14.83 mata menyambut khabar mengenai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Secara keseluruhannya, dagangan harian hingga setakat jam 2.30 petang KLCI meningkat 3.01 peratus atau 43.40 mata kepada 1,486.79 mata berikutan jangkaan kemelut politik selepas Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir.

Di sosial media, ramai berkongsi perkembangan baik ini mengatakan ‘bursa saham meriah dengan jumlah dagangan mencecah RM3.1 bilion unit saham’.

Selain itu, Ringgit Malaysia juga melonjak tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini apabila mengukuh kepada paras 4.55 berbanding dolar Amerika Syarikat setakat jam 1 tengahari tadi.

Ringgit Malaysia melonjak tinggi hampir 1.5 peratus.

Sementara itu, dalam kenyataan rasmi Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan itu diperkenan oleh baginda Al Sultan dalam perbincangan khas dan selepas memperhalusi titah Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

Baca juga: Pulih ekonomi, tangani kos sara hidup – Ini tugas utama Anwar, kerajaan perpaduan

Baca juga: Agong perkenan lantik Anwar Perdana Menteri Ke-10