Malaysia Dateline

‘Cakap je nak pergi Siam ambil santau, menggelupur dia bank in nanti’, netizen kongsi tips ‘ajar’ penghutang culas

Mungkin boleh guna taktik ugutan seperti jumpa bomoh Siam supaya penghutang yang culas segera melunaskan hutangnya.

Itu antara tips yang dikongsikan netizen di media sosial dalam menangani mereka yang adakalanya bertahun-tahun buat tidak tahu untuk membayar hutang.

Malah, ada yang muka tidak tahu malu selamba pula cuba untuk meminjam duit lagi daripada ‘mangsa’ yang sama sedangkan hutang lama masih tertunggak.

Bagi kes sedemikian, boleh dicuba kaedah meletakkan nombor akaun bank dengan memberitahu si peminjam supaya membayar hutang lamanya terlebih dahulu.

Dalam masa sama, orang ramai berkongsikan pengalaman meminjamkan wang kepada rakan masing-masing.

“Dah nak masuk setahun, member tak bayar-bayar,” kata seorang netizen.

Menurut Muhammad Khidhier Abu Hassan pula ada individu berjanji untuk membayar hutang pada hari tertentu tetapi tidak pun berbuat demikian sekaligus memberi tekanan kepada pemberi hutang.

Weh, pinjam RM200, hari Khamis ni aku bayar”. Sekarang mungkin dah lebih 100 hari Khamis dah berlalu, tapi duitnya tak nampak-nampak pun,” keluhnya.

Sehubungan itu, penghutang perlu membayar sedikit demi sedikit jika tidak mampu membayar sekali gus kerana itu antara adab orang yang berhutang.

Apa lagi, roh orang yang berhutang akan tergantung sehingga hari akhirat dan ia adalah satu tanggungan yang amat berat.

“Dosa dengan Tuhan boleh minta ampun dengan Tuhan tapi dengan manusia jangan main-main. Jangan nanti merangkak cari pemberi hutang di akhirat nanti,” kata Hazwan Aziz.

Baca juga Duit memang tak boleh bawa mati tapi… , pakar ini kongsi tips elak berhutang sampai ke kubur

Baca juga Kanak-kanak perempuan maut selepas hujan batu terkena kepala