Malaysia Dateline

Cantik luar busuk dalam – Kaum Hawa sendiri dedah perangai pengotor tahap gaban rakan serumah

Bagi majoriti kaum Adam tentu sukar untuk membayangkan gadis cantik dengan penampilan bergaya di luar tetapi busuk lantaran pengotor dan pemalas.

Hanya rakan serumah sewa yang tahu sisi perangai dan sifat-sifat mazmumah sesetengah wanita cantik seperti dikongsikan di media sosial.

Pengguna Facebook, Nor Hashimah Yahaya berkata, dia terpaksa membuang sampah setiap kali sebelum pergi ke tempat kerja.

Jika tidak dia berbuat demikian, jelasnya, sampah sampai berulat langsung rakan-rakan lain di rumah sewa itu tidak pedulikan.

“Bilik air pun sama. Geli kaki pijak. Akhirnya, sambil mandi sambil basuh bilik air. Lantaklah korang nak tunggu berjam pun,” katanya.

Sementara itu, Nabihah Mohammad menceritakan pengalamannya tinggal di rumah sewa menyambung pengajian tinggi selama empat tahun.

“Selama empat tahun itulah saya stres dengan perangai bersepah manusia. Nak keluar bukan main cantik wangi. Tapi dalam rumah ya Rabbi. Serik betul. Hari-hari rasa nk pindah,” katanya.

Malah, jangan terkejut ada anak dara yang tidak pernah cuci cadar atau selimutnya tetapi penampilannya sentiasa cantik dan harum di khalayak ramai seperti diceritakan Noriza Kastory.

Seorang lagi kaum Hawa berkata, rakan serumahnya pagi hari pergi ke tempat kerja tidak pernah mandi.

“Pagi-pagi pergi kerja tak mandi sampai belakang leher berkerak hitam. Yang hairan tu, pakwe ramai. Harap minyak wangi je,” ujarnya.

Hal sama dibangkitkan oleh Nor Zakiah Kiya yang menceritakan bagaimana pengotornya seorang wanita cantik di tempat kerjanya.

“Dia memang cantik, kegilaan budak-budak lelaki. Masalahnya, dia pengotor. Kalau buat kerja dengan dia, aku rasa nak pengsan.

“Buka kasut lepas tu, bau stoking, ikan pun mati. Itu belum tempat buat kerja. Tak tahulah macam mana dia di rumah,” kata seorang warga maya.

Baca juga Hairan pelanggan berkurang? 6 sebab ini wajib pemilik restoran, peniaga makanan ambil tahu

Baca juga Terkejut lihat wanita hamil jatuh ke dalam laut, nasib kaki pancing sempat selamatkan