Bekas Ahli Parlimen Tumpat dikatakan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional selepas tidak dicalonkan oleh Pas dalam pengumuman calon Perikatan Nasional malam tadi.
Menurut aktivis Umno, Mohd Yusof Solu, Datuk Che Abdullah Mohd Nawi hadir ke bilik gerakan Umno untuk mengisi borang sebagai calon Umno pagi ini.
“Calon BN Tumpat Datuk Abdullah Mohd Nawi sedang mengisi borang di BPUK,” kata Mohd Yusof dalam hantaran di Facebook beliau.
Pas semalam tidak menamakan Che Lah sebagai calon di Tumpat sebaliknya menamakan Mumtaz Mat Nawi sebagai calon PN di situ.
Ketika membuat pengumuman calon kelmarin, BN tidak menamakan sebarang calon untuk Tumpat dan Kuala Nerus.
Datuk Khairudin Aman Razali disebut sebagai bakal calon BN di Kuala Nerus.
Baca juga: Antara perkongsian kebaikan dan keburukan-Husam titipkan nasihat buat PU Syed
Baca juga: Buat Grab sebab nak sara hidup, ramai sebak tengok atuk 68 tahun gigih jadi rider hantar makanan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio