Malaysia Dateline

Cukup-cukuplah bagi penyamun perintah negara-Asal kluster Umno ia perlu ditolak

Cukup-cukuplah bagi penyamun perintah negara, tidak kiralah sama ada ia dari kluster mahkamah mahu pun kluster malaikat, yang pasti asalkan saja kluster Umno ia perlu ditolak, jangan berikan satu undi sekalipun.

Pengarah Komunikasi dan Penerangan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata sememangnya akan wujud pertembungan antara kkuster mahkamah dan kluster menteri Umno.

“Sejak dari awal lagi, Perdana Menteri (PM), Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengenepikan kluster mahkamah dari menganggotai kabinetnya seramai 72 orang kerana sudah tentu ia membawa erti bahawa mereka tidak layak menjadi menteri kabinet pada pandangan PM.

“Yang hebatnya realiti ini ialah kluster mahkamah turut melibatkan pemimpin tertinggi Umno seperti Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga mantan Presiden Umno, Datuk Sri Najib Razak.

” Kluster-kluster ini satu kapal, satu bahtera, satu generasi dan modus operandinya sama serta tidak lagi relevan untuk diberi mandat sekali lagi menjelang pilihan raya umum 19 November ini,” ujar beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang.

Sejajar dengan itu tegas beliau, ketirisan wang negara sebanyak RM60 bilion. bukan satu jumlah yang kecil dan kesilapan memberi mandat kepada penyamun menjelang pilihan raya umum kali ini akan menyebabkan kluster mahkamah bermaharajalela, kemungkaran akan berleluasa dan rakyat bertambah derita.

Baca juga: Adakah bahan perasa tamat tempoh? Ini tempoh berapa lama bahan perasa benar-benar tahan

Baca juga: Mat Sabu beri bayangan pertahan kerusi Parlimen Kota Raja