Malaysia Dateline

‘Dah macam bandar bergerak atas laut’, kapal mewah ini tarik perhatian warganet

‘Dah macam bandar bergerak atas laut’. Itu gambaran yang terlintas apabila menyaksikan rakaman video ringkas pelayaran kapal mewah, Spectrum of the Seas.

Difahamkan, penginapan paling mewah di laut dengan akses kepada pelbagai kemudahan eksklusif itu menawarkan lebih 300 destinasi ke seluruh dunia.

Ada warganet memberitahu, kapal mega itu memiliki kira-kira 1,000 bilik pelbagai jenis selain dilengkapi pawagam, kasino, pusat karaoke dan pusat beli-belah.

Harga tiket bagi dua orang untuk perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang contohnya, dikatakan berjumlah kira-kira RM9,000.

“Mengembaralah seandainya mampu. Niatkan untuk menimba pengalaman hidup. Ada yang baik, begitu juga yang sebaliknya.

“Sebagai khalifah di bumi Allah ini, kita cukup arif untuk membezakan apa yang baik dan apa yang perlu kita jauhi,” kata seorang individu meninggalkan komen.

Namun, ada netizen yang menyifatkan tempat peranginan semewah itu tentunya menjadi pusat pelbagai aktiviti maksiat.

Tidak kurang juga yang menyatakan mereka ‘trauma’ mengingatkan tragedi karamnya kapal RMS Titanic dari Southampton, England ke New York 110 tahun lalu yang mengorbankan seramai 1,517 penumpang dan anak kapal.

“Bila manusia cuba mencipta syurga dunia, nampak cantik, indah tetapi hanya untuk orang kaya tapi syurga Allah tidak kira darjat, semua boleh masuk,” ujar seorang lagi pengguna laman sosial.

Baca juga Cahaya menerangi hingga ke Jumaat berikutnya, ini manfaat amal baca Surah al-Kahfi

Baca juga Selepas 11 tahun, penduduk terjejas akibat kemusnahan loji tenaga nuklear dibenar pulang