Mahkamah Tinggi hari ini, menolak permohonan bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Muhammed Yusoff Rawther, untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Peguam bela Muhammed Yusoff, Mahajoth Singh, berkata permohonan tersebut ditolak dengan kos RM3,500, namun tiada tempoh dimaklumkan bagi bayaran berkenaan.
“Defendan (Anwar) pula ada failkan dua permohonan iaitu penzahiran dokumen dan interlokutori. Pendengaran untuk kedua-dua permohonan itu pada 23 September ini.
“Ia menerusi aplikasi Zoom di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee,” dipetik BH.
Permohonan itu berhubung saman difailkan Muhammed Yusoff, atas dakwaan serangan seksual oleh Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan di kediamannya pada 2018.
Peguam bela Muhammed Yusoff, Mahajoth Singh, berkata permohonan itu ditolak dengan kos RM3,500, tetapi tiada tempoh dimaklumkan bagi bayaran berkenaan.
Baca juga Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman
Baca juga Memang tak makan daging khinzir, Daphne Iking tepis dakwaan rindu makan daging itu