Malaysia Dateline

Dakwaan tidak tersenarai dalam Kabinet, Guan Eng tidak kisah, ‘ia bukan perkara utama’

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa isu sama ada beliau tersenarai atau tidak dalam barisan Kabinet, ia bukanlah perkara utama.

Beliau menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia adalah prerogatif Perdana Menteri untuk memutuskan pelantikan ahli Kabinet.

“Saya telah ditanya berulang kali oleh media mengenai spekulasi akhbar bahawa saya tidak akan berada dalam Kabinet.

“Sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak ia adalah perkara kedua, yang penting masa depan negara kita tidak boleh ‘dicuri’,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bersedia berkhidmat dalam apa juga kapasiti selagi ia memenuhi kepentingan negara dan yang lebih penting, Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar akan terus berfungsi dan kekal stabil daripada pihak ekstrimis yang cuba melemahkan dan menjatuhkannya.

Baginya, PH layak untuk berada dalam kerajaan selepas memenangi kerusi terbanyak dan undi popular terbesar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak, Kerajaan Perpaduan ini mempunyai majoriti yang jelas yang mewakili kehendak rakyat,” katanya lagi.

Baca juga: Kanak-kanak dibaham buaya belum ditemui, SAR diteruskan

Baca juga: Azizan Osman kongsi berita gembira akhirnya dapat pengiktirafan akauntan bertauliah