Aksi seorang remaja lelaki yang diketawakan rakan gara-gara tercari-cari daun pandan walaupun pokok itu ada di hadapannya menarik perhatian netizen.
Kebanyakan warganet mengganggap hal tersebut contoh bagaimana generasi zaman Mobile Legends tidak ambil peduli perkara di sekelilingnya.
“Walhal dah berdiri betul-betul di depan (pandan). Tak suruh cari lagi lengkuas,” antara kapsyen tertera dalam rakaman video yang tersebar di media sosial.
Rakan pemuda itu kemudiannya menyakat lagi dengan menunjukkan pokok daun kari kononnya daun pandan.
“Dok kata dah,” kata remaja berkenaan dengan yakin sebelum mematahkan sehelai daun kari.
Ada yang secara berseloroh berpendapat pemuda itu bakal kerap bergaduh dengan isteri apabila mendirikan rumahtangga nanti kerana tidak mengenali barangan dapur
Dalam masa sama, orang ramai mengingatkan supaya ibu bapa hari ini membiasakan untuk menyuruh anak masing-masing sejak di bangku sekolah lagi untuk ‘masuk dapur’.
Netizen berpendapat anak lelaki juga sepatutnya tidak terkecuali untuk disuruh membantu keluarga berbelanja di pasar tani supaya celik barangan dapur.
Baca juga Lelaki ini kongsi 9 tips kurus dan sihat, terbukti berjaya kurangkan 12 kg selepas sebulan
Baca juga Remaja dipukul kerana enggan sertai kumpulan kongsi gelap