Malaysia Dateline

Dianggap ‘mak cik semut’ di lorong kanan, wanita ini tak pasal-pasal kena kecam

Tak pasal-pasal dianggap ‘mak cik semut’ kerana dilihat seperti memandu perlahan di lorong kanan.

Trend memuat naik video ringkas menerusi Facebook Reels dengan kapsyen tidak lengkap nampaknya boleh saja disalah anggap hingga kena kecam.

Itulah yang dialami pengguna Facebook, Kina Harun yang memuat naik video dengan kapsyen, “Alahai…pak cik…” diikuti dua emoji terkilan.

Ekoran itu, warganet memberikan reaksi berbaur kecaman dan sindiran kerana menganggap wanita berkenaan memandu bagaikan kura-kura di lorong yang dikhaskan untuk pemanduan laju dan bagi memotong kenderaan.

Den (Saya) pun cilok macam ni kalau jumpa mak cik semut di lorong laju,” bidas Shubhi Omar.

Hal sama disinggung Mohamad Rashidi apabila menulis, “Laluan kanan lorong memotong, bukan pandu perlahan santai. Salah satu punca jem di Malaysia, pemandu jenis slow tapi tak reti pi tepi.”

Malah, pemandu wanita lain juga menyelar pengirim video itu bukannya memperkatakan ‘pak cik’ yang dilihat memotong kereta tersebut.

“Saya kalau bawa 140-150 km per jam pun masih memandu di lane kiri atau tengah kalau ada kenderaan lain di belakang.

“Ini santai elok dok lane kanan. Lepas tu acah-acah orang lain yang salah,” kecam Syazwani Razmi pula terhadap video yang berlatar belakangkan lagu bernada sedih itu.

Walau bagaimanapun, Kina dalam reaksi awalnya memberitahu ‘pak cik’ yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri.

“Pak cik tu suami saya yang bantu saya beritahu kereta depan yang kereta belakang nak potong.

“Saja rakam aksi suami di lebuh raya, buat kenangan,” jelas Kina yang kemudiannya tetap dihujani kecaman warganet.

Baca juga Ini baru kisah 1 Jun, entah apa jadi tiga, empat bulan lagi

Baca juga Melayang lebih RM11,000, pekerja kilang putih mata diperdaya pelacur