Direman dan sesal hilang adik pasti si kakak derita dengan air mata-Tregedi dua beradik terus buat netizen berasa sebak

Oleh NASUHA RAHMAN

Duduk dalam tahanan polis dalam masa yang sama pasti si kakak sudah pasti derita air mata kerana menyesal hilang adik tersayang atas kesilapannya.

Tregedi dua beradik ini membuatkan rata-rata netizen kasihan dan sedih sambil meletakkan emoji menangis apabila memberi reaksi dan juga berkongsi berita di platform media.

Tidak kurang juga ramai yang berkongsi cerita dan pengalaman semasa kecil sering bergaduh dengan adik beradik sehingga timbul perasaan benci dan ada terdetik dihati mahu bertindak keterlaluan seperti membunuh.

Namun mereka bersyukur kerana masih dipelihara maha kuasa untuk bertindak keterlaluan seperti kisah dua beradik ini.

Perasaan kasihan dan sedih dengan nasib yang menimpa si kakak turut dikongsi seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran Dr Kamilin Jamilin.

“Entah kenapa saya terasa sangat kasihan dan sedih dengan tragedi dua adik beradik yang sangat menyayat hati itu. Hubungan mereka dikatakan sangat baik dan pandai dalam pelajaran.

“Namun sedikit kesilapan yang mungkin tidak disengajakan telah mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

“Sayu melihat si kakak yang masih sangat muda direman bersendirian dan dibawa dalam keadaan lemah longlai. Masa depan si kakak, impiannya, gelak tawanya mungkin akan suram selepas ini.

“Sepanjang si kakak bersendirian berada dalam tahanan yang entah berapa lama, pasti menderita dengan air mata penyesalan dan air mata kehilangan seorang adik tersayang akibat daripada satu kesilapan.

“Segala keceriaan dan kebahagiaan yang dikecapi selama ini telah berubah buat selamanya.

“Entah bagaimana si ibu dan si ayah yang akan mengharungi kehidupan mereka yang telah pudar sinarnya akibat kehilangan kedua-dua jantung hati mereka.

“Satu insiden yang telah mengubah kehidupan sebuah keluarga secara tiba-tiba buat selamanya…Alangkah sedih mendengarnya.

“Semoga mereka sekeluarga tabah mengharunginya…,” tulis Dr Kamilin.

Remaja perempuan yang dipercayai membaIiing pisau ke arah adik lelaki hingga menyebabkan kemaatian ditahan reman enam hari mulai hari ini hingga 25 Oktober depan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Remaja berusia 18 tahun yang belajar di sebuah sekolah di Gelang Patah itu dibawa ke mahkamah pada 9.25 pagi.

Remaja itu kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah.

Baca juga: Sebak baca komen saudara terdekat, rupanya kakak adik sangat rapat