Malaysia Dateline

Disangka mabuk, lelaki rupanya tahan sakit akibat ‘slip disc’

Disebabkan posisinya yang terbaring di hadapan pintu masuk sebuah kondominium menyebabkan orang ramai menuduh lelaki tersebut sedang mabuk.

Apa yang mengejutkan adalah lelaki tersebut sedang mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc).

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @Bohjankl, lelaki itu dilihat tidak mampu bergerak kerana terlampau sakit dan hanyan meraung meminta tolong.

@bohjankl

Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc

♬ original sound – BOJAN’KL – BOJAN’KL

“Pagi tadi, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, ada seorang lelaki tiba-tiba terjatuh depan aku selepas itu meraung.

“Aku ingatkan dia mabuk sebab sudah pukul 5 pagi. Rupa-rupanya dia meraung kesakitan sebab ‘slip disc’.

“Sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan, tetapi kali ini diserang semula selepas turun daripada motosikal,” tulisnya di dalam video itu.

Pemilik akaun TikTok itu menghubungi talian kecemasan dan pasukan perubatan tiba tidak lama selepas itu.

Difahamkan lelaki tersebut dibawa Hospital Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas pemilik TikTok dan pada sama berkongsi betapa sakit apabila terkena ‘slip disc’.

“Ya betul, saya kena ‘slip disc’, sakit betul bukan main-main. Duduk sakit, baring juga sakit. Syukur dah pulih walaupun bukan sepenuhnya,” komen SuriHana.

“Semoga bro ni cepat sembuh, sakitnya slip disc ada yang sampai tak boleh jalan bertahun,” tambah Mika.

Mujurlah kebetulan terjumpa dia, sakitnya dia mesti tak tertahan sampai menangis macam tu. Tolak tepi dah malu semua, terima kasih sebab bantu dia,” kata @it’smemazura.

Baca juga: Air suam pun caj sampai RM2, warganet perli guna air Evian ke